Thursday, June 9, 2011

Ajaran Sesat Di Malaysia

AJARAN SESAT DI MALAYSIA

PENDAHULUAN

Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam
diMalaysia bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran
sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara
benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah didalam ajaran-ajaran
berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang
lain. Namun begitu masalah perselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa
faktor berikut:-


i. Orang yang memperkatakan tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu.
ii. Mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui betul-betul ajaran berkenaan.
iii. Aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai cara-cara pengajarannya
mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada peringkat awal menonjolkan
kebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan yang mengelirukan
bahkan mempunyaim unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
iv. Ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak di sebarkan secara terbuka. Oleh itu
tidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum secara terus atau terperinci.

Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul- rasul,
Kitab,Qada’dan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat.
Sehingga kini hampir setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yang
disebarkan secara senyap-senyap dan adakalanya mendapat sokongan daripada tokoh-
tokoh agama tempatan.


Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi kita, malah kemunculannya dinegara ini
adalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisma serta
daya rekacipta kuno yang tidak berlandaskan Syariat Islam.
Walaubagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian berat setelah berlaku
peristiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan kumpulan ajaran sesat yang
bertopengkan “Tarikat Nurul Zaman” keatas balai polis Batu Pahat Johor pada hari
Khamis 16hb Oktober, 1980 yang telah meragut 6 orang dari kumpulan penyerang dan
mencederakan 23 orang awamTAKRIF AJARAN SESAT.

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang di bawa oleh orang-orang Islam ataubukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atauberdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa

itu bertantangan daripada Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta
bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ciri-ciri ajaran sesat yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti
berikut.:-


i. Mengaku dirinya sebagai Nabi dan mendakwa menerima wahyu
ii. Mempercayai ada Nabi-nabi lain selepas Nabi Muhammad.
iii. Mempercayai wahyu masih lagi turunselepas wafatnya Rasulullah saw.
iv. Mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa
orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti
Imam Mahdi dan sebagainya.
v. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula kedalam jasad orang
yang masih hidup.
vi. Mendakwa pengikut-pengikut ajarannya sahaja akan masuk syurga.
vii. Mendakwa gurunya memegang pintu syurga.
viii. Mempercayai gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
ix. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama
x. Mempercayai bahawa orang yang telah matiboleh memberi pertolongan kepada orang
yang menyeru namanya.
xi. Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk
sampai kepada tuhan.
xii. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batindengan
tujuan mendapatkan anak yang soleh.
xiii. Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.
xiv. Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat
kepada muridnya.
xv. Mendakwa ajaran dan Tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah
saw secara jaga.
xvi. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah
melalui Nur Muhammad yang berada didalam dirinya dan dengan demikian didakwa
pasti masuk syurga.
xvii. Memansukhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat
syariat baru.
xviii. Meninggalkan sembahyang jemaah kerana mengamalkan Suluk.
xix. Mendakwa bahawa Ibadat Haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi boleh
ditunaikan ditempat-tempat lain.
xx. Mengubah dengan sengaja ayat Al-Quran dan maksudnya.
xxi. Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan
ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya ada batinnya.

BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT

Bentuk ajaran sesat yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bentuk:-
i. Bentuk Ajaran Baru.
Ajaran bentuk tarikat ini biasanya menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran

Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Kluang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @ Jara

b. Dumin.

ii. Bentuk Tarikat.
Ajaran bentuk Tarikat ini biasanya menggunakan nama-nama Tarikat yang masyhur.
Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan yang asal
atau diubah suai. Ada juga Tarikat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti Tarikat
Zikrullah oleh Hasan Anak Rimau / Ayah Pin di Kelantan, Tarikat Khalid dan lain-lain.

iii. Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepada
dukun-dukun, pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurun
dan sebagainya.
Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang
boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan.

CIRI-CIRI AJARAN DAN AMALAN YANG SESAT.

Bagi menentukan sesuatu ajaran dan amalan itu sesat ia didasarkan kepada:-
I. Menyentuh akidah: Sekiranya terdapat apa-apa pegangan, keyakinan kepercayaan
yangbertentangan dengan akidah Islam adalah dikira sesat.
Contoh: Pengakuan Menjadi Nabi Dan Rasul

Dalam sesuatu ajaran itu apabila didapati samaada pengakuan dari guru atau
pengakuan dari murid atau pengikutnya yang beranggapan bahawa gurunya adalah Nabi
dan Rasul atau wakil Nabi atau Rasul secara langsung, maka pengakuan itu adalah sesat
dan tidak benar.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Tetapi ia adalah Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-Nabi

II. Menyentuh amalan: Sekiranya terdapat apa-apa amalan, perlakuan, upacara dan adat
istiadat yang bertentangan dengan syariat Islam adalah dikira amalan sesat.
Contoh: Memansuhkan beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji
sebagaimanayang telah dinyatakan. Rukun-rukun tersebut dikatakan zahir dan batinnya.
Lalu mereka katakan bahawa sekiranya sudah tahu ibadat-ibadat tersebut dari segi
batinnya maka tidak perlu lagi mengerjakannya secara zahir, kerana amalan zahir itu
adalah kulit sahaja. Bagi orang yang sudah menikmati isinya, maka tidak berhajat lagi
padfa menjaga kulitnya, ataupun cukup dengan menyebut perkataan alhamdu sahaja
kerana perkataan itu sudah merangkumi sembahyang Subuh, Zohor, Asar Maghrib dan
Isyak.
Ada juga menolak kewajipan sembahyang Jumaat, dengan alasan:-
a) Mereka sembahyang dengan cara ghaib iaitu dengan para Wali Allah.
b) Kononnya mereka tidak sembahyang disini, tetapi sembahyang di mekah.
c) Kononnya dia sudah mempunyai taraf yang tinggi maka tidak layak lagi berimamkan

orang-orang awam yang tidak setaraf dengannya dalam sembahyang.

FAKTOR LAHIRNYA AJARAN SESAT.

Jika dikaji masyarakat Islam dinegara ini dapat dikatakan bahawa punca yang membawa
kepada lahirnya berbagai jenis ajaran dan amalan sesat pada umumnya adalah berpunca
dari dua faktor utama:-
1. Faktor Dalaman ( Internal Factors )
2. Faktor Luar ( External Factors )

Faktor Dalaman

Pada kebiasaannya jenis ajaran seumpama ini telah bertapak dan tersebar secara sulit dan
tersembunyi didaerah-daerah pedalaman di negara ini. Golongan yang mempelopori
ajaran dan amalan ini adalah terdiri dari tokoh-tokoh tempatan yang terpengaruh dan
sangat disegani oleh masyarakat sekitar.
Golongan ini mempunyai beberapa kebolehan dan keistimewaan yang luar biasa yang
dipergunakan sebagai sakti dan daya tarikan utama untuk mempengaruhi masyarakat
umum. Orang-orang biasa tidak mengetahui secara mendalam bagaimana bentuk ajaran
atau amalan ilmu-ilmu ini, kerana ianya diperkembangkan secara sulit dan rahsia.
Oleh kerana itu setiap pengikut ilmu-ilmu ini dikehendaki mengikat perjanjian dengan
gurunya bahawa ilmu ini tidak boleh diberitahu oleh orang lain. Sebaliknya mestilah
dirahsiakan. Jika diberitahu juga kononnya ilmu ini tidak mujarab atau tidak menjadi lagi.
Untuk menguatkan lagi perjanjian tadi, maka setiap pengikutnya dikehendaki
mengangkat sumpah dengan menyebutkan nama Allah, menggunakan ayat-ayat suci al-
Quran dan mengangkat al-Quran sebagai saksi.

Faktor luaran.

Masyarakat Islam di negara ini adalah merupakan masyarakat yang terbuka. Dengan hal
demikian berbagai pengaruh luar begitu senang sekali mempengaruhi keadaan sekitar
masyarakat Islam.
Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan ini selain dari anak tempatan
adalah juga datang dari luar negeri. Mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-
tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang agak berbeza dengan orang
awam, samaada disegi rupa paras, bentuk pakaian dan tingkah laku.
Bagi penganjur ilmu kebatinan yang berunsurkan seni mempertahankan diri, seringkali
golongan ini mengambil kesempatan dengan melantik pemimpin-pemimpin tertentu
sebagai khalifah atau Mahaguru. Oleh kerana itu manifesto ilmu yang dikembangkan itu
disesuaikan dengan kehendak masa dan suasana.
Kebanyakan pengikut-pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat dan ilmu kebatinan ini
adalah terdiri dari golongan yang tidak mempunyai asas yang kuat didalam aspek akidah
islam, disamping tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam
mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.

CIRI –CIRI ASAS PENGANUT AJARAN SESAT.

i. Mencaci Alim Ulama dan Fuqaha Islam
Penganut ajaran sesat selalunya mencaci dan menjatuhkan maruah para Alim Ulama dan
Fuqaha’ Islam iaitu dengan melemparkan tuduhan kepada para Alim Ulama dan Fuqaha
Islam bahawa mereka telah menyembunyikan ajaran Islam sebenar demi kepentingan
periuk nasi mereka, penipu, tamak haloba. Tujuan mereka melemparkan cacian keatas
para Alim UlamadanFuqaha’ Islam, ialah supaya alim ulama’ dan fuqaha’ islam itu
dipandang hina oleh masyarakat, dengan cara ini juga mereka mengharapkan hilang dan
merosotnya pengaruh Alim Ulama’dan Fuqaha’Islam itu merosot, maka mudahlah bagi
mereka untuk memasukan ajaran sesat kepada orang ramai.

ii. Mengatakan Syariat Islam itu ada Zahir dan Batin :
Dalam hal-hal yang bersangkutan dengan syariat Islam seperti Al-Quran , Syahadah,
Kenabian, sembahyang, puasa, haji, nikah kahwin, bersuci dan lain-lainnya mereka
mengatakan ada zahir danada batin atau digunakan istilah zahir syariat dan Hakikat.
Alim Ulama’ dan Fuqaha’ Islam yang ada sekarang ini hanyalah mengetahui zahir syariat
atau kulit sahaja dan mereka tidak mengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Kumpulan
ajaran sesat ini biasanya mendakwa kalangan merekalah yang mempelajari dan
mengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Manakala mereka yang sudah mendapat isi
dengan sendirinya kulit tidak perlu lagi, manakala mereka yang sudah mendapat isi
dengan sendirinya kulit tidak perlu lagi, manakala mereka yang sudah sampai kepada
ilmu hakikat maka dengan sendirinya zahir syariat tidak perlu lagi.

iii. Penganut ajaran sesat adalah merupakan golongan munafik dalam masyarakat Islam:
Berikutan dengan kefahaman mengenai syariat Zahir sebagai kulit dan hakikat sebagai
isi, maka penganut ajaran sesat ini menolak segala zahir syariat Islam, kalaupun
dikerjakan apa-apa Syariat Zahir ini sebagai menjaga adat dan peraturan didunia sahaja.
Seperti nikah kahwin dihadapan Kadhi, dua orang saksi, maskahwin, ijab qabul semua itu
kulit sahaja. Bagi mereka ada nikah batin yang mengandungi pengertian seperti berikut;-
Ma’anikam

- maksudnya perempuan

Yang dinikahkan

- bererti yang disetubuhkan
Yang dikahwinkan- ialah mani yang dimaksudkan juga dengannya ialah Seorang
penganut lelaki yang boleh mengeluarkan mani bila bersetubuh dengan perempuan itu.

Wali

- bermaksud Allah yang menjadi Wali. Atau iman tertinggi atau
iman ajaran ini.
Saksi

- Malaikat Kiraman Katibin

Juru nikah

- Ialah nabi Muhammad SAW.

iv. Gerakan Mereka adalah Rahsia.

Aktiviti yang dijalankan adalah rahsia dan hanya untuk ahli sahaja dan disyaratkan “

baiah” serta bersumpah menyimpan rahsia. Setelah pengakuan murid sanggup
menyimpan rahsia maka barulah di buka rahsia ilmu hakikat @ ilmu isi yang mereka
maksudkan itu. Biasanya mereka menentukan masa yang tertentu untuk belajar dan
mengajar mengenai ilmu hakikat @ ilmu isi yang dimaksudkan itu dan mendakwa orang
yang mem pelajari dan mengamalkan ilmunya itu akan beroleh apa yang dihajati dan
terbukalah segala rahsia dan tersingkaplah Hijab mereka dengan Allah S.W.T.

CARA-CARA PERKEMBANGAN AJARAN SESAT.

I. Melalui Ajaran:

Penyusupan ajaran sesat melalui cara tersebut adalah lahir dari guru-guru yang
membawa sesuatu ajaran dengan tujuan mencari pengaruh dan kepentingan diri dengan
mengemukakan ajaran dan amalan yang didakwa beramal dengan ajaran beliau
kononnyaakan mendapat sesuatu yang Ghaibseperti Kasyaf dan Laduni iaitu
mengetahui alam ghaib dan mendapat limpahan ilmu Allah dan Tajalliiaitu penjelmaan
hakikat zat, sifat, dan Af’alAllah kepadanya. Kemudian disogokkan pula kepada murid-
murid dengan beberapa keistimewaan kononnya akan mudahmendapat ketinggian
darjat, pangkat, damn kebesaran serta disanjung tinggi dan mulia oleh orang ramai.

II. Melalui Tarikat.
Melalui cara Tarikat ini selalunya menggunakan nama Tarikat yang masyhur seperti
Naqsyabandiah, Mufarridiyah, Syazaliyah, Ahmadiah dan lain-lain lagi dengan ditokok
tambah oleh gurunya mengikut kesesuaian tempatan dan kepentingan dirinya yang
mendakwqa sebagai “ Guru Mursyid” yang mendapat tauliah dari guru asalnya serta
boleh mentauliahkan orang lain.

III. Melalui Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Cara ini adalah merupakan cara biasa dan mudah diterima oleh masyarakat melayu Islam
dinegara ini kerana ianya bersifat kepercayaan terhadap kuasa sakti, jin, jembalang, dan
penunggu tersebut supaya mereka tidak mengganggu penduduk disesuatu tempat itu,
maka dilakukan upacara pemujaan.
Ada juga yang melakukan pemujaan keatas roh, para Wali dan Keramat, iaitu menziarahi
kubur orang yang dianggap Wali dan Keramat serta melakukan upacara tradisional,
seperti melepaskan ayam putih, pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatang
ternakan keatas kubur itu serta menyeru roh para Wali dan Keramat itu agar dapat
memberi pertolongan kepada mereka bagi menyampaikan apa-apa hajat mereka dan
apakala beroleh kejayaan, mereka akan membayar nazar diatas kubur orang yang
dianggap Wali dan Keramat atau mereka membayar nazar ditempat yang menjadi pujaan
mereka.
Terdapat juga mereka yang melakukan pertapaan iaitu dengan menyembunyikan diri
ditempat yang sunyi seperti di bukit, atau gunung atau gua tertentu dengan tujuan untuk
mendapat ilmu Ghaib, Sakti, gagah perkasa, kebal dan lain-lain bagi tujuan kehebatan

diri dan kepentingan diri serta untuk mendapat tempat yang istimewa dalam masyarakat.

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT DI MALAYSIA.

1. Ajaran Empat Sahabat ( Kota Bharu pada tahun 1974)
2. Ajaran Cerang melilin ( Terengganu pada tahun 1976 )
3. Ajaran Husin Ali ( Kuala Terengganu pada tahun 1976 )
4. Ajaran Crypto ( Kluang Selangor pada tahun 1978 )
5. Tarikat Aurad Islamiah( Kedah pada tahun 1979 )
6. Tarikat Zikrullah( Hasan Anak Rimau / Ayah Pin, Kota Bharu.1983 )
7. Ajaran Haji Mohd Yamin Ab. Rahman ( Kota Bharu Pada tahun 1990 )
8. Ajaran Tok Ayah Selamat ( Kota Bharu pada tahun 1989 )
9. Al- Arqam. ( Seluruh negeri 1988 )
10. Golongan Anti Hadis ( wilayah Persekutuan !992 )

Bukan sedikit ajaran sesat yang tumbuh dikalangan masyarakat Islam. Di negara ini
sahaja terdapat 46 jenis ajaran yang telah dikenalpasti sesat. Namun begitu terdapat
banyak lagi yang bercambah disana sini yang sukar diselidiki secara dekat kerana
kekurangan matlumat yang lengkap. Di sini diberi dua contoh ajaran sesat yang besar
dinegara ini:-

1. Al-Arqam.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad
Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan
masyarakat Islam di seluruh negara ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan
sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan
dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakyah melalui bidang
pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
Penyelewengan akidah Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad
dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang diantara lain
memberi ajaran dan fahaman seperti berikut:
i. Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah
saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di
dalam Ka’abah.
ii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula

sebagai Imam Al-Mahdi.

iii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan
setaraf dengan Khulafa’ Al-Rasyidin.
iv. Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga
(yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang kononnya untuk mengesahkan sesuatu
yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang
taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
v. Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila
diseru namanya.

vi. Ashaari Muhammad dipercayai, kononnya selain seorang yang soleh, wali yang
mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman dan Sayyidul-Mujaddidin.
vii. Penggunaan Gambar Ashaari secara meluas dikalangan pengikut kerana di percayai
akan membawa Barakah dan mempunyai Karamahnya.
viii. Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan
keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.

2. Golongan Anti Hadis.

Di Malaysia golongan anti Hadis telah dapat dikesan sekitar tahun 1984. ini
diperkuatkan lagi dengan terbitnya buku Kasim Ahmad, Hadis: Satu Penilaian Semula.
Kasim Ahmad mempelopori kumpulan ini kerana dipercayai terpengaruh dengan sebuah
buku Dr. Rashad Khalif, bertajuk The Computer Speaks: God’s Message To The World,
yang diterbitkan oleh Syarikat Renaissance Production International; Amerika pada tahun
1981.
Pendekatan Kasim Ahmad mengenai teori Anti Hadis banyak terpengaruh dengan
pendekatan yang digunakan oleh Dr. Rashad Khalifa. Beliau telah mempersoalkan
autoriti Hadis dan memberi beberapa gambaran yang mengelirukan mengenainya. Malah
beliau menuduh bahawa hadis adalah ajaran-ajaran palsu dan rekaan semata-mata serta
sekaligus beliau menolak kewibawaan ulamak-ulamak hadis. Beliau berpendapat Hadis
dan Sunnahlah yang menjadi salah satu penyebab punca kekeliruan dan perpecahan
terbesar dikalangan umat Islam selama lebih seribu tahun.
Dengan tersiarnya akhbar dan terbitnya buku Kasim Ahmad mengenai pandangan beliau
tentang Hadis, suasana masyarakat Islam amnya kurang menyenangkan. Lantaran itu
pihak Kerajaan telah mengambil satu ketetapan mengharamkan buku tersebut dari
pengedarannya.

PENUTUP.

Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat di dalam masyarakat Islam
dinegara ini, bukan sahaja boleh menyebabkan Akidah umat Islam menyeleweng dari
tuntutan Allah, bahkan ianya juga adalah sebahagian dari unsur-unsur yang membawa
kepada perpecahan dikalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam
beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa
jenis ilmu yang berbeza dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir
sama.
Masing-masing kumpulan akan berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang
mungkin; Implikasi dari keadaan seumpama ini akan membawa kepada lenyapnya
perasaan persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah
sebagai senjata kekuatan dan keutuhan umat Islam.
Dan yang lebih membimbangkan lagi sepertimana yang dibayangkan oleh Rasulullah
bahawa di suatu masa kelak umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak.
Sabda Rasulullah saw.
Ertinya:

“ Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya didalam neraka

kecuali satu sahaja, iaitu puak yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku”

Umat-umat Islam benar-benar beriman dengan Allah haruslah memahami bahawa
sesungguhnya tidak ada ilmu kebal dalam Islam, kerana Rasulullah telah menyatakan
bahawa Mukmin yang kuat ialah mukmin yang mempunyai kekuatan iman yang lahir
dari peningkatan ketakwaan kepada Allah. Bukti bahawa tidak ada kekebalan dalam
islam ialah Rasulullah sendiri telah cedera parah dalam peperanganUhud. Jika ada
kekebalan dalam islam sudah tentu Rasulullahdan para sahabat tidak akan cedera dalam
peperangan.
Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi segala ajaran atau amalan sesatyang terdapat
didalam masyarakat Islammaka setiap umat Islam haruslah bertanggungjawab serta
mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan kepada
ajaran Islam yang maha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini
keimanan serta keyakinan umat Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah tetap
terpelihara dan juga dapat mengelakkan umat-umat islam dinegara ini daripada terpedaya
dan terperangkap dengan golongan-golongan yang mencari pengaruh disebalik tabir
Islam.

RUJUKAN.

Abdulfatah Haron Ibrahim, Ajaran sesat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1993.

Ajaran Sesat, Satu Ancaman Terhadap Keselamatan Negara, Kor Agama Angkatan

Tentera, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur, 1995.

Suara Persatuan Ulama’ Malaysia, Bil, 31 ( thn 3 ) Jamadilawal 1413h ( November 1992)

muka surat 11-22.

No comments:

Post a Comment