Monday, October 24, 2011

AL-FUTUR

Al FUTUR (TERHENTI DAN MELENGAH-LENGAH)


Alhamdulillah dalam keadaan musim cuaca yang kadang-kadang panas dan kadang-kadang hujan lebat. moga didoakan semua dalam kesihtan yang baik juga amalkan pemakanan yang sihat. Insya-Allah diberikan kekuatan ingin saya kongsikan kepada anda dan pengingtkan diri ini berkenaan dengan Al Futur.

Para pembaca yang dikasihi, Jika ada yang baru mengetahui perkataan AL FUTUR atau istilah ini biasanya sering kali ditujukan kepada para aktivis Islam. Sebenarnya ramai aktivis gerakan Islam gagal mengenal pasti tentang bahaya dan wabak yang sedang menanti mereka di dalam perjalanan.

Dalam buku yang bertajuk "WABAK SEPANJANG JALAN" yang dikarang oleh DR. AL SYED MUHAMMAD NOH menghuraikan jenis-jenis wabak yang sering menyerang mereka iaitu ada tujuh wabak:

1)WABAK PERTAMA: AL-FUTUR (TERHENTI DAN PERLAHAN DI DALAM PERJUANGAN)
2) WABAK KEDUA: AL-ISRAF (GOPOH)
3) WABAK KETIGA: AL-ISTI'JAL (PEMBOROSAN)
4) WABAK KEEMPAT: AL-UZLAH ( MEMENCILKAN DIRI)
5) WABAK KELIMA: AL I'JAB BIL NAFSI (TERPOSONA DENGAN DIRI SENDIRI)
6) WABAK KEENAM: AL-GUFUR (BERBANGGA DIRI)
7) WABAK KETUJUH: AL-TAKABBUR (SOMBONG)

Kesemua penyakit di atas begitu merbahayakan kepada para amilin gerakan Islam. Dr Al Syed Muhammad Noh telah mendedahkan sebab berlakunya wabak tersebut dan juga mengemukan penyelesaian dan cara-cara mengubatinya. Hari ini saya akan menulis mengenai wabak pertama iaitu al Futur.

Pengertian al Futur : Dari sudut bahasa mempunyai dua makna:
1) Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak.
2) Malas, menangguh, melenggah-lenggah sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh.

Dari sudut istilah: Ialah merupakan suatu penyakit yang mungkin menimpa sebahagian dari pada para "amilin", bahkan ada amilin yang sudah ditimpa penyakit ini. Tahap al Futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melenggah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.

SEBAB BERLAKUNYA AL FUTUR (TERHENTI DAN MELENGAH-LENGAH)

1) Sikap keterlaluan dan berlebihan-lebihan di dalam agama.
2) Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang harus.
3) Mufaraqah (meninggalkan) jemaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan.
4) Kurang mengingati mati dan hari akhirat.
5) Pengabaian melakukan ibadah harian.
6) Mengambil makanan yang haram atau syubahah.
7) Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam.
8) Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan.
9) Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugasan dan tanggung jawab di samping kekurangan tenaga amilin.
10) Tidak bersedia mengahadapi halangan dan cabaran dalam perjuagan.
11) Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar.
12) Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jamaah.
13) Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh.

Insya-Allah kita akan sambung pada kesan al Futur dan cara mengubati al Futur. Moga para penbaca dipermudahkan urusan dan ingat Allah sentiasa bersama dengan kita.

p/s: penulis temenung seketika setelah menulis....


Alhamdulillah kita sambung kesan al F
utur:

Kesan Al-Futur

Terhadap individu: Kurang perhatian dan tumpuan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Kemungkinan sikap ini akan terus kekal sehinggalah ke akhir hayatnya. Maka orang ini akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak patuh kepada Allah.

Terhadap gerakan Islam: Gerakan Islam terpaksa menempuhi Jalan yang panjang dalam perjuangannya, juga bebanan yang berat dan pengorbanan yang banyak.
Ini merupakan sunnatullah kerana Allah tidak akan member kemenangan dan kekuasaan kepada orang yang malas, lalai dan tidak konsisten dalam perjuangan. Sesungguhnya kemenangan hanya diberi kepada amilin yang begitu sistematik gerak kerjanya, berjuang secara berterusan, cemerlang dalam pekerjaan dan hebat dalam perjuangan.

Merawat Al-Futur

1)Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar mahupun yang kecil
2) Berterusan melakukan ibadat harian
3) Mengintai waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadat.
4) Membebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam agama
5) Meletakkan diri dalam dakapan jamaah
6) Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya
7) Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
8) Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan
9) Sentiasa mendampingi orang-orang soleh yang berjihad dikalangan hamba Allah
10) Memberi hak kepada badan
11) Menghiburkan diri dengan melakukan perlaku an yang harus
12) Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, sejarah dan biografi
13) Sentiasa mengingati mati dan soal kubur
14) Sentiasa mengingati syurga dan neraka
15) Sentiasa menghadiri majlis ilmu
16) Menerima Islam secara keseluruhan
17) Melakukan muhasabah ke atas diri dan mengkaji setiap masa

No comments:

Post a Comment