
Monday, January 30, 2012
TIGA LANGKAH MENGHADAPI DUGAAN

Tiga langkah menghadapi dugaan
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing-masing terdapat kebaikan. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata “Andai saya berbuat begini pasti akan begitu”, tapi katakanlah “Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendaki-Nya pasti terjadi”, kerana sesungguhnya kata ‘seandainya’ membuka perbuatan syaitan. (hadis riwayat Muslim)
“Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah”.
Syed Alwi Alatas menulis tentang hadis ini dalam bukunya ‘Bila Allah menduga kita’ (Mustread Sdn Bhd, 2010).
Dalam dugaan paling berat sekalipun masih tersisa sedikit manfaat. Jangan biarkan dugaan melalaikan kita dari meraih manfaat yang berbaki. Jangan biarkan kerugian dua kali, kali pertama kerana dugaan itu sendiri dan kali kedua kerana lalai dari meraih manfaat yang masih tersisa dari dugaan tersebut. Kalau tidak dapat mengambil semuanya, jangan ditinggalkan semuanya, ambillah mana yang dapat. Dugaan yang berlaku memang di luar kawalan kita, ia bukan urusan kita, ia urusan Allah, maka kita serahkan kepada Allah. Adapun manfaat yang masih tersisa dari dugaan tersebut adalah dalam kawalan kita. Ia adalah urusan kita. Ia adalah pilihan kita sama ada untuk meraihnya atau mensia-siakannya.
Allahlah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan meminta tolong. Allah tidak pernah merasa jemu kepada hamba yang minta pertolongannya, sedang manusia senang jemu kepada orang yang asyik minta tolong. Allah pasti dapat menolong, tetapi manusia belum pasti dapat menolong.
Ketika dugaan menimpa kita, kita secara semulajadi menjadi lemah. Kelemahan ini adalah di luar kawalan kita. Kita tidak ada pilihan untuk mengelak dari berlaku demikian. Tetapi kita ada pilihan bagaimana untuk bersikap dalam menghadapi dugaan tersebut, sama ada untuk menghadapinya dengan semangat juang yang kuat atau dengan semangat yang lemah. Apa akan terjadi jika kita yang sedia lemah oleh dugaan yang menimpa menangani pula dugaan tersebut dengan lemah. Kita menjadi dua kali lemah. Masalah tidak akan selesai. Beban tidak menjadi makin ringan, malah berlipat ganda menjadi makin berat. Sedangkan jika kita bersikap kuat semangat dalam menghadapi dugaan, kita telah menghapuskan kelemahan yang menimpa kita dengan kekuatan semangat kita. Kelemahan itu menghilang dan yang tinggal hanyalah kekuatan semangat kita dan akhirnya kita akan menjadi kuat.
Tuesday, December 27, 2011
SELAMAT TAHUN BARU..........................
"Selamat Tahun Baru, encik!". "Selamat Tahun Baru, kawan!". "Selamat Tahun Baru, abang!". "Selamat Tahun Baru, adik-adik". "Selamat Tahun Baru, Boss!". "Selamat Tahun Baru, Bro!". "Selamat Tahun Baru, semua!". "Guten jahre", kata orang Jerman. "Happy new year" pulak bagi yang berbahasa Inggeris.
Kiranya masa yang kena lah untuk ucapan yang semacam ini. Kalau anda ucapkan ucapan itu pada bulan Mac nanti, tentu ramai yang akan ketawakan. Tambah pula kalau kita cuba lakukannya pada bulan Jun, Julai, dan seterusnya, Pasti akan ada yang terangkat kening atau berkerut dahi memandang anda, sambil menyoal balas, "Eh, kau sihat ke tak ni?", "Are you OK?" atau respon-respon yang seangkatan dengannya.
Ia sudah menjadi semacam norma hidup orang muda Malaysia sekarang ini. Kita sudah terbiasa dan dibiasakan menunggu kehadiran tarikh 1 Januari tiap-tiap tahun untuk ucap "Selamat Tahun Baru" kepada orang di sekeliling kita. Kalau lama pun selepas 1 Januari itu - andai terlambat tapi ingin diucapkan juga, setakat seminggu dua selepas itu masih OK. Selepas itu ia mungkin dianggap pelik, barangkali juga melucukan bagi sesetengah orang. Selepas itu kita mungkin akan lupakan tahun baru itu. Tak mustahil pula dilupakan sekali bersama dengan azamnya yang berjela-jela...
OK. Islam ajar kita untuk ucap salam dan sebarkan salam sepanjang tahun, sepanjang masa. Tiada masa tertentu untuk ucap selamat. Tidak pula dipopularkan oleh Nabi Muhammad untuk menunggu tahun baru mengikut kalendar Masehi itu, untuk dirangkaikan bersamanya ucap-ucap selamat itu.
Lagipun, sesuai ke konsep tahun baru ini dengan cara hidup Islam? Kita fikirkan sama-sama... boleh? Sekejap saja untuk beberapa minit. Harap-harap dengannya kerangka fikiran kita boleh diubah semula daripada mengikut kerangka Masehi, kebaratan, malah tidak keterlaluan jika saya kata unIslamic ini.
Satunya, kalendar tahun Islam bermula dengan Muharram bukan Januari. Jadi, mengapa kita memilih Januari untuk ucap Selamat Tahun Baru? Bukankah itu meniru orang Kristian namanya? Dan mengapa tidak kita ucapkan ucapan selamat dan doa selamat utk keluarga, sahabat dan kenalan semasa kehadiran Muharram? Malah kita tidak cenderung pun untuk bertekad dengan azam baru di malam 1 Muharram, andai saja kita sambutan tahun baru itu perlu diraikan setahun sekali?
Sebagai orang Islam kita memerhatikan keperluan melihat dan merasai bahawa setiap hari adalah baru. Setiap hari juga adalah kehidupan yang datang dan berlalu. Maka setiap hari juga perlu disambut dan dihayati dengan sepenuhnya demi kebaikan dunia dan akhirat. Maka setiap hari pula diterimapakai sebagai "Hari ini perlu lebih baik daripada semalam; Esok perlu lebih baik daripada hari ini". Andai ada azam untuk berubah kepada sifat, sikap dan amalan yang lebih baik, maka ia boleh dan wajar dilaksanakan bila-bila masa pun. Tak perlulah nak tunggu Tahun Baru!
Ucap selamat itu baik kalaupun diucapkan setiap hari. Kalau gitu, apa salahnya ucapan Selamat Tahun Baru yang agak terlewat sedikit, atau jauh terlewat melangkaui Januari? Kalau seseorang nak buat azam baru, bukankah boleh saja ditanam azam baru itu bila-bila pun juga? Tak semestinya nak mula pada 1 Januari tu, kan gitu?
Apa pun, ingatlah sebaik-baik tradisi dan gaya hidup yang perlu dijadikan tabiat adalah gaya hidup Islam. Manakala sebaik-baik ucapan adalah ucapan salam. Maka mari kita sebarkan salam sebanyak-banyaknya. Moga orang yang menerima ucapan salam kita itu selamat dan bahagia pada tahun hadapan ini, malah sehingga akhir hayatnya.
Satu yang penting. Andai kita rasa nak bertaubat dari kesalahan dan dosa, taubatlah sekarang dan azamlah terus untuk membina dan membaiki diri. Jadikanlah hari ini tahun yang baru dan hidup yang baru bagi anda. Pohonkanlah keselamatan dari Allah. Moga anda berbahagia di masa-masa yang ke hadapan ini, dunia dan akhirat! Jangan tunggu 1 Januari. Jangan tunggu bila-bila pun...
Perubahan yang baik perlu bermula sekarang, kerana esok belum tentu milik kita! Selamat Tahun Baru, Selamat Hari Baru, Selamat Sentiasa!
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.........
tunggu-tunggu..................................lupa pelak kepada pelajar sekolah dan pelajar tahun satu yang baru nak melangkah ke alam persekolahan...selamat berjuang...moga dipermudahkan urusan dan Allah senttiasa bersama dengan kita..~
~xmboh nagis-nagis...senyum sokmo slalu~
Friday, December 23, 2011
6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB.
Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;
Aku berwasiat kepadamu enam perkara:
1) Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
2) Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
3) Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
4) Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
5) Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
6) Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.
Wednesday, December 21, 2011
BERSEDERHANA.........................

HIDUP terbina antara pahit dan manis..
kalau selalu sahaja pahit , hati akan menjadi
rawan...
kalau sentiasa manis, hati akan menjadi
bosan...
~HAMKA~

p/s : bersederhanalah~ :).....
Sunday, November 20, 2011
TAFAKUR~

... Ku titiskan air mata Tanda taubat segala dosa Moga terangkat penghijab kalbu Antara KAU dan aku…
Ya Allah ya Tuhanku … Ku sujud pada kudratMU Ku serahkan jiwa ragaku Pada takdir iradatMU…
Pimpinlah daku dalam redhaMU Kasihi daku dalam rahmatMU Hanya padaMU tempat ku mengadu…
Aamiin Ya Rabbal'Alamiin..
Thursday, November 17, 2011
Monday, November 14, 2011
TAKWA....

Susah tu nak dapat. Susahnya taqwa ni nak dapat macam kita panjat
gunung atau tangga yang bertingkat-tingkat tingginya. Makin tinggi, makin kuat
graviti tarikan pada tubuh dan kaki kita. Makin lama makin susah. Tapi
apa yang terjadi bila sampai di puncak? Atau sampai di destinasi yang
kita nak naik? Ya..kepuasan, kenikmatan, rasa selesa, boleh tengok
pemandangan yang indah dan nyaman dari tempat tinggi. :) Itu baru panjat
gunung atau bukit tinggi. Destinasi Taqwa lagi best dari itu, sebab
destinasinya akhir pendakian adalah SYURGA :) ♥

Tuesday, October 11, 2011
SOLAT TAHAJJUD

Monday, October 3, 2011
Kehidupan diri setelah berlalu Ramadhan

assalamualaikum ikhwah dan akhwat yang dikasihi allah s.w.t, pertamanya saya bersyukur dan berselawat ke atas nabi muhammad s.a.w masih diberikan peluang dalam membina diri yang hina ini.
Monday, July 25, 2011
APA ERTI SEORANG MUSLIM..

Sunday, July 24, 2011
MENANGISLAH SAHABAT..
Sekadar ingatan.....
Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah...
Air mata terindah lahir,
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu...
Dan bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah...
Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam...
Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga...
Tetapi sedarlah sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,
Itulah air mata yang paling bernilai,
Ia bisa menjadi perisai untukmu...
Sahabat andai dirimu dahagakan kasih dan cinta,
Dambalah cinta dan kasih Yang Satu...
Friday, July 22, 2011
BANGUN MALAM

Bangun malam,
Di kala bulan mengambang,
Alis mata menjadi kelam,
Gagahkan tangan,
Gagahkan kaki,
Berdiri,
Bersujud menyembah Ilahi.
Tiada paksaan,
Yang sunat digalakkan,
Yang wajib diutamakan,
Rasakan kemanisan Iman,
Hasil redha dan taqwa kepada Tuhan.
Dekatkan diri kepada-Nya,
Tiada yang kurang mahupun sia-sia,
Tenanglah minda dan hati,
Bangun malam dengan sendiri.
Monday, July 18, 2011
Saturday, May 28, 2011
SABAR ITU INDAH
Doa Ketika Ditimpa Musibah
1) Doa untuk mereka yang berhadapan dengan Musibah
Innalillahi wa inna ilaihi rajiu’un. Allahumma jurni fi musibati wakhluf li khaira minha
“Sesungguhnya kami milik Allah, kepada-Nya kami akan kembali. Ya ALLAH berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik daripada musibahku”~Riwayat Muslim~
2) Doa memohon agar kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa redha.
“Ya ALLAH, Jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa redha dengan qada’-Mu, berkatilah aku setiap apa yang telah Kau takdirkan ke atas aku sehingga aku tidak suka meminta dipercepatkan apa yang Kau takdirkan lambat untukku dan melambatkan apa yang telah Kau percepatkan untukku.
INGATLAH!
Ingatlah janji ALLAH kepada mereka yang bersabar menghadapi ujian daripada-Nya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157:
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Ingatlah, marah itu mudah! Kita mudah naik marah tanpa memikirkan akibatnya. Kita marah sehingga bisa mengguris hati orang lain, kehilangan kawan, dibenci oleh kawan sehingga dipinggirkan. Lebih teruk lagi apabila kita marah dengan musibah yang menimpa diri sehingga kadang-kala mempersoalkan qadar dan qada’ ALLAH sehingga akhirnya menjadi hamba yang derhaka, nauzubiLLAH
Dan Ingatlah,sabar itu terlalu indah! Selain mendapat kelebihan yang dijanjikan ALLAH, hati kita akan lebih tenang, jiwa akan tenteram.Sesungguhnya mengingati ALLAH dalam setiap keadaan akan memberikan ketenangan jiwa.
Thursday, May 5, 2011
HATI MUKMIN


DOA SENJATA MUKMIN

Wednesday, May 4, 2011
KHALIFAH....


KESETIAAN SEORANG ISTERI
Aduh…sakitnyer. ..isk…. . aduuh….Bang sakit nye tak tahan saya” keluh Nisa pada suaminya Zakri.
“Apelah awak nie….lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu” rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.
Doktor Johari menyuruh Nisa meneran …”Come on Nisa u can do it…once more….” Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar…”Good mummy” kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. “Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia” kata Doktor Johari memuji Nisa. Tahniah Zakri,it’s a twin” Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega… tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan…Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. “Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?”soal Nisa pada Zakri. “Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak” Zakri menempelak Nisa. “Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu” sergah Zakri lagi. “Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang”? terang Nisa pada Zakri. “ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH” Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja.
Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.
“Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu” marah Zakri. “Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ….heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni”kutuk Zakri lagi pada Nisa.
“Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni,saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. “Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri” kata Nisa pada Zakri. “Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,”ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam – 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat.
Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput…macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.
Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula…bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh…Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa…dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding…Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.
Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , “Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan”kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. “Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takutplak hujan nanti”desak Nisa lagi.
Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa “Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker” marah Zakri. “Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja”Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian…terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.
“YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH” doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi terasa, membengkakdan berdenyut2. ” Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah” Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Sapa plak nie sebok je….”Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. “Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. “Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha”gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
“Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia”cetus hati Azlan. “Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau…mereka perlukan kita masa tu…nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba fikir sikit” Azlan mengingatkan Zakri.
“Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi” jawab Zakri selamba. “Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti” kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Hello Zakri speaking” jawab Zakri. “Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri………”panggilan kecemasan dari Doktor Johari. “Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang”…tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
“Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri …”ajak Zakri pada Lan.”Hah, tadi kau kata bini kau ihat”tanya Lan pada Zakri. “Alah jom ler cepat” desak Zakri. “Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau…terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama?
tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya… dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk …tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa….baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati…tetapi sebaliknya…..Zakri hanya diam….”YA ALLAH apa aku dah buat” rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil…
“Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu dioperation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I’m really sorry Zakri.ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya” kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa…
“YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini” terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering…membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang… “SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA”
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang. Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan
Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang
abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan… Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin… Abang panggil Nisa AYANG…terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu…walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?
Abang…mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang.
Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan NIsa hadiahkan Abang……. Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka…Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa…tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang…Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.
Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comelkan anak kita bang…..Dania mengikut raut muka Abang…sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa…Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati diri Nisa walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
“Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania” pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH, Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis “HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUATNISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya…setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya…kejamnya aku…Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.
Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat
keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.
“Nisa Abang minta ampun dan maaf” bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.
Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkankawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya…meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan.
“YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa….ampunkan aku YA ALLAH….”akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa,Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa….. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. “YA ALLAH,Zakri,Zakri bangun Zakri…dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?” tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis.
Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik kembarnya diam dari menangis. “Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak…
kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah… emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa….











