Showing posts with label mutiara hati. Show all posts
Showing posts with label mutiara hati. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

~SESEKALI HATI INI DIUJI~

~SESEKALI HATI INI DIUJI~



Sesekali hati ini diuji dengan pelbagai ujian dariNya..
sendirian aku menangis..tercari2 masihkah ada lg teman disisi..
yg bisa ku kongsi duka dan lara ku..
terdetik di benakku..
mengapakah aku diuji sedemikian rupa..
terus dibiarkan terlena dan terleka..dengan kenikmatan dunia yg hanya sementara..
siapakah aku utk mempertikaikan takdir hidupku..
hanya insan kerdil yg penuh dengan debu dosa..
aku terlupa dengan firmanNya..
"tidak aku uji hambaku sesuai dengan kemampuannya.."
aku lupa..rupa2nya Dia mengujiku utk melihat sejauh mana pengharapan aku padaNya..
sejauh mana akan aku tunduk sujud mengharap keampunanNya..memohon pertolonganNya..
Dia mengujiku supaya aku selalu mengingatiNya..
Disebalik gelapnya malam hari..
rupa2nya terselit keindahan bulan yg bersinar menyeri..
disebalik peritnya ujian yg diberi..
rupa2nya terselit hikmah yg tersembunyi..
hanya padaMu ya Allah..aku memohon segalanya..
"Allahumma yassir wala tua'ssir"..amin

Sunday, November 20, 2011

4 perkara~




4 Perkara yang lebih baik kedudukannya.

1- Rasa malu pada lelaki adalah baik, namun rasa malu lebih baik jika ada pada wanita.

2- Adil ada setiap orang adalah baik, namun adil jika ada pada pemerintah adalah lebih baik.

3- Taubat orang tua adalah baik, namun taubat orang muda adalah lebih baik.

4- Bermurah hati pada orang kaya adalah baik, namun bermurah hati pada kaum fakir miskin adalah lebih baik.





4 Perkara yang lebih buruk kedudukannya.

1- Perbuatan dosa yang dilakukan oleh orang muda yang bodoh adalah buruk, tetapi ianya lebih buruk jika dilakukan oleh kaum tua.

2- Sibuk dengan urusan duniawi oleh orang bodoh itu adalah buruk, tetapi lebih buruk lagi jika orang alim sibuk dengan urusan duniawi.

3- Malas beribadat orang awam adalah buruk tetapi lebih buruk apabila orang alim malas beribadat.

4- Berperangai sombong bagi orang kaya adalah buruk tetapi lebih buruk lagi apabila orang fakir berperangai sombong.

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah ~


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t




Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya". Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "

10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."