Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Tuesday, November 29, 2011

PILIHANRAYA MESIR SETELAH 30 TAHUN?


Berikut jadual perancangan terbaru setelah perbincangan pihak Majlis Tentera Mesir dengan pertubuhan dan parti-parti politik selepas Himpunan Pemeliharaan Demokrasi 18 November lalu:

1) Ia dimulakan dengan Pilihanraya Dewan Rakyat bagi tiga peringkat yang akan bermula pada 28 November, peringkat kedua pada 14 dan 31 Disember manakala peringkat ketiga pada 3 dan 10 Januari 2012.

2) 10 Mac : Pilihanraya Dewan Senat (Syura) dijangka berakhir.

3) 27 Mac: Persidangan penggal pertama Dewan Rakyat dan Syura

4) 10 April: Parlimen akan mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas bagi menggubal dan meminda Perlembagaan Mesir yang baru

5) 16 hingga 20 April : Pencalonan bagi pertandingan Presiden Mesir akan dibuka

6) 10 Mei : Dijangka perbincangan berkaitan perlembagaan akan berakhir

7) 30 Mei: Referendum atau pungutan suara rakyat terhadap draf Perlembagaan baru Mesir

8) 20 Jun: Pengundian bagi pemilihan Presiden Mesir akan bermula

9) 27 Jun: Pengundian pada pusingan kedua terpaksa dilakukan jika tiada seorang dari kalangan calon yang memperolehi undi melebihi 50 peratus

10) 30 Jun : Presiden baru negara akan mengangkat sumpah jawatan.

Ia dikira penyelesaian terbaik yang dilakukan secepat mungkin untuk memenuhi tuntutan rakyat. Jika dibandingkan jadual yang dicadangkan tentera sebelum ini, ia dikira 6 bulan lebih awal dari jadual sebelum ini iaitu seperti yang diumumkan oleh tentera pada taklimat dengan pimpinan parti-parti politik Mesir yang diadakan pada 1 Julai 2011 lalu iaitu:

1) November 2011: Pilihanraya Parlimen Mesir bermula

2) April 2012: Pemilihan bagi Dewan Syura dijangka berakhir

3) Mei 2012: Persidangan penggal pertama Parlimen yang akan membentuk jawatankuasa khas bagi Perlembagaan

4) Jawatankuasa ini diberi masa selama enam bulan untuk bersidang yang dijangka berakhir pada November 2012

5) Pungutan suara terhadap draf cadangan perlu dibuat dalam tempoh 15 hari

6) Selepas itu, baru dibuka pencalonan untuk Presiden Mesir yang dijangka berakhir Disember 2012 atau kemungkinan besar hingga awal 2013.

Cadangan ini yang ditolak rakyat dan melihat pihak tentera cuba untuk melengah-lengahkan ke arah pembentukan kerajaan pilihan rakyat.

Saturday, April 16, 2011

14/04/2011-

petang
sekali lagi aku sempat bermain bola sepak dengan pelajar-pelajar MTT alhamdullilah...

maghrib
pada sebelah malam ada kuliah magrib di Masjid Batu Buruk..
malam
Setelah pulang dari Masjid Batu Buruk.
bermulalah operasi membasuh baju pada waktu malam.
habis semua kenangan di asrama aku teringat ketika membasuh baju.


setelah selesai membasuh baju aku mendapat kesempatan bermain ping-pong bersama-sama pelajar asrama MTT sungguh meriah dan gamat ketika aku bermain bersama-sama mereka.



Tuesday, April 12, 2011

assalamualaikum selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w..
alhamdulillah marilah kita ama-sama panjatkan syukur ke atas Allah s.w.t..
memberikan peluang lagi dalam proses kehidupan di bumi ini..
moga kita hidup segalanya hanya untuk-NYA..

13/04/2001-Pengajianku masih bersambung lagi..
seronok kerana dapat merasai suasana duduk di asrama bersama-sama pelajar MTT menyebabkan aku terkenang semula ketika waktu asrama dahulu..
rasa nak duduk lama je dalam suasana gitu hu3....



hari ini dalam jam 12 tengahari (lebih kurang)...
aku telah diberitakan seorang pemuda ISLAM telah dilahirkan di batu rakit..


gambar baby


baby tersebut baru empat hari dilahirkan kecik dan merah lagi..
moga baby tersebut menjadi seorang pemuda ISLAM yang soleh dan musleh insya-Allah...


pengajian



Alhamdulillah petang tadi 12/04/11 semua sahabat pengajian bergerak ke pantai...
cuma aku sahaja yang tidak ikut serta dengan alasan kepala pening..
memang betul pun pening...



petang itu aku mengisi masaku dengan bersukan bersama-sama pelajar di situ hu3..
alhamdulillah aku tidak kekok bersama mereka..
dan skil permainan aku pun masih baik lagi..Alhamdulillah...



seronok dapat bermain dengan mereka petang tadi dan esok niat nya nak bermain lagi..
maklumla lama sudoh tak dapat bermain bola...Insya-Allah...

Monday, April 11, 2011

Sekolah Darul Iman

Assalamualaikum..selawat ke atas nabi muhammad s.a.w. Diberikan aku kekuatan terus menempuhi cabaran di dunia yang banyak dugaan ini. Alhamdulillah aku telah jejak kaki di satu tempat yang mana waktu kecilku pernahku jejak.. tetapi kali ini aku telah sampai ke satu tempat yang baru pertama kaliku tiba...




Sekolah Darul Iman Kampung Kedai Buluh


Moga para ustaz dan ustazah, muallim juga muallimah sentiasa tetap dalam perjuangan..Ameen..

Setelah menziarahi kawan selepas isyak baru aku bergerak ke tempat destinasi sebenarnya..

Setelah tiba terus aku masuk ke kelas yang telah di mulakan..
apa pun aku panjatkan syukur kepada Allah s.w.t kerana memilihku dalam pengajian tersebut dan memudahkan urusanku tiba di sana..