Wednesday, April 27, 2011

Ayam Masak Lemak Cili Api

AYAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dipotong

Dikisar :
5 biji Bawang Merah
5 biji Bawang putih
10 biji Cili padi ( Boleh tambah kepedasan... )
1 inci Kunyit hidup

Diketuk:
2 inci Halia
2 btg Serai

Semangkuk santan
1 camca teh serbuk lada putih
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
1/2 keping asam gelugor
Beberapa helai daun kunyit hidup, dipotong kasar

Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serai, halia dan serbuk lada putih.
Kacau rata sehingga naik bau wangi.
2. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar isi ayam agak masak sedikit. Masukkan sos tiram dan kacau lagi.
3. Tuang santan secukupnya. Apabila mendidih, masukkan garam & gula secukup rasa.
4. Apabila ayam dah betul2 masak, baru masukkan asam gelugor dan daun kunyit. Kacau setakat daun kunyit layu sedikit. Sedia untuk dihidang.


Sebenarnya suka apa sahaja yang serasi dimasak lemak cili api. Kalau ikan tentu sekali enak dengan ikan keli yang dibakar seketika dulu, baru di masak lemak cili api. Kuahnya yang agak likat ya .

Tuesday, April 26, 2011

Sakit ke jika hati disakiti?

Sakit ke jika hati disakiti?

Assalamulaikum....moga kita semua diberikan kekutan dan ketabahan juga berusaha dekatkan diri pada Tuhan yang MAHA ESA..





Banyak perkara mengenai Hati..ada yang Jatuh hati, Ambil hati, Makan hati, Buah hati, Suka hati, tapi Sakit hati bila ada yang Buta hati HATI HATI bila nak mencuri HATI .. - qittun ajaib
(terima kasih aku dapat kata-kata ini pada 27/04/11)
-ana-



mood : kecewa dengan diri sendiri..

Monday, April 25, 2011

kepok




Assalamualaikum..selawat serta salam ke atas nabi Muhammad s.a.w..
aku mohon kepadaMU ya tuhan yang MAHA mengasihi dan MAHA peyayang...

Ya Allah berilah aku kekuatan...

Alhamdulillah aku mahu sambung kembali pengkongsianku..moga dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada sesiapa yang membaca..






Aku ucapkn syukur kepadaMU kerana dapat selesai pengaji
anku di MTT(Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman)walaupun masa yang singkat tapi apa yang aku dapat macam sudah duduk lama di situ


..




setelah tiba di rumah..pintu rumahku telah terbuka..
aku ucapkan salam dan umiku telah menyambutku dengan berkata 'anak umi sudah balik' terharu bila sang anak mendengar kata-kata itu dari seorang ibu.:-) ..
dan pagi itu aku memberikan oleh-oleh kepok leko(keropok lekor) kepada umi..



YaAllah...sarapan pagi hari itu yang dihadangkan adalah kepok yangku bawak balik..
terima kasih umi dan tidak ku lupakan terima kasih padamu yang memberikan kepok padaku.. :-)




Wednesday, April 20, 2011

maafkan aku 4...

Pantai ketika hari raya korban (dihadiakan kepadaku) membuatku tenang melihatnya kebesaran-NYA


YA ALLAH AKU MEMOHON SUPAYA ENGKAU MEMILIH MANA YANG BAIK MENURUT ENGKAU YA ALLAH. AKU MEMOHON ENGKAU MEMBERIKAN KEPASTIAN DAN KETENTUAN-MU DAN MEMOHON DENGAN KEMURAHAN ENGKAU YANG AGONG, KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG BERKUASA, SEDANGKAN AKU TIDAK TAHU DAN ENGKAULAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU YANG TERSEMBUNYI. YA ALLAH JIKA ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA HAL INI BAIK BAGIKU DALAM AGAMA DAN KEHIDUPANKU DAN ELOK AKIBATNYA KEPADAKU MUDAHKANLAH IA BAGIKU KEMUDIAN BERIKANLAH KEBERKATAN BAGIKU DI DALANYA, YA ALLAH JIKA ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA SESUNGGUNYA HAL ITU TIDAK BAIK BAGIKU DALAM AGAMA DAN KEHIDUPANKU DAN TIDAK ELOK AKIBATNYA KEPADAKU MAKA JAUHKANLAH HAL INI DARIPADAKU, DAN JAUHKANLAH AKU DARIPADANYA. BERIKANLAH KEBAIKAN DI MANA SAHAJA AKU BERADA, KEMUDIAN JADIKANLAH AKU ORANG YANG REDHA ATAS ANUGERAH-MU.



YA ALLAH AKU AKAN BERSABAR DAN TERUS BERUSAHA BERSABAR MENUNGGU..DAN AKU AKAN MENYAHUT CABARAN ITU..

AKU YAKIN ENGKAU AKAN MENERIMA KEHENDAK HAMBA-MU SELAGI MANA IA TIDAK MELANGGAR SYARIAT-MU DAN BERUSAHA..

AMIN.....

Tuesday, April 19, 2011

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT



MAKNA BACAAN DALAM SOLAT




Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah s.w.t.

moga anda semua dalam kekuatan dalam menempuhi kehidupan ini.

Hari demi hari kita solatkan. Tapi adakah kita tahu makna bacaa dalam solat????

Kalau sudah tahu, Alhamdulillah. Kalau yang belum tahu boleh la mula menghafal makna bacaan dalam solat mulai saat ni..

Jom sama-sama hayati makna bacaan dalam solat



Takbir : Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



ok...
mulakan setiap hari dengan mengucap syukur kepada Allah swt kerana memberikan kita nikmat kesihatan dan nikmat-nikmat lain...


Alhamdulillah...
Untuk mendapatkan solat yang khusyuk, kena faham makna bacaan dalam solatkan...


biar lambat, walaupun bertatih-tatih..
kita faham maksud ayat itu pun sudah memberikan kita kenikmatan dan menghayati solat itu inya-Allah...


moga dipermudahkan urusan kita semua amin..
wassalam

Sunday, April 17, 2011

maafkan aku 3...


Assalamualaikum. selawat dan salam Nabi Muhammad s.a.w..

maafkan aku....
insya-Allah akan aku selesaikan secepat mungkin...

akan ku jumpa dan membetulkan keadaan....
maaf aku tidak mampu menahan kesedihan yang amat sangat jika perkara buruk berlaku ke atasmu...

aku merasakan berdosa besar jika membiarkan ia sudah berlaku dan tidak membetulkannya..

mogamu tidak salah faham atas tindakan ku ini..

maaf...maaf...maaf.....



moga Allah mengampun dosa-dosaku..

mogamu diberikan kekuatan dan aku berdoa agarmu sentiasa diberikan kekuatan dan tabah menghadapi ujian...

engkau sangat menyayangi umi-bati-adik beradikmu..

maaf....maaf...maaf....

mogamu memaafkan aku...

Saturday, April 16, 2011

MOHON MAAF 2.....

Semoga ALLAH merahmati kehidupan mu .
. Diberikan usia yang panjang dan berkat



. Diberikan ilmu yang bermanfaat .
. Diberikan akal yang waras .

. Diberikan iman yang sempurna .
. Diberikan kelapangan amal yang sahih .


. Diberikan NuR pada hati .



. Diberikan kerajinan untuk menjaga al-Quran .
. Diberikan kelapangan untuk membaca .