Wednesday, April 27, 2011

Ayam Masak Lemak Cili Api

AYAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dipotong

Dikisar :
5 biji Bawang Merah
5 biji Bawang putih
10 biji Cili padi ( Boleh tambah kepedasan... )
1 inci Kunyit hidup

Diketuk:
2 inci Halia
2 btg Serai

Semangkuk santan
1 camca teh serbuk lada putih
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
1/2 keping asam gelugor
Beberapa helai daun kunyit hidup, dipotong kasar

Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serai, halia dan serbuk lada putih.
Kacau rata sehingga naik bau wangi.
2. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar isi ayam agak masak sedikit. Masukkan sos tiram dan kacau lagi.
3. Tuang santan secukupnya. Apabila mendidih, masukkan garam & gula secukup rasa.
4. Apabila ayam dah betul2 masak, baru masukkan asam gelugor dan daun kunyit. Kacau setakat daun kunyit layu sedikit. Sedia untuk dihidang.


Sebenarnya suka apa sahaja yang serasi dimasak lemak cili api. Kalau ikan tentu sekali enak dengan ikan keli yang dibakar seketika dulu, baru di masak lemak cili api. Kuahnya yang agak likat ya .

No comments:

Post a Comment