Thursday, October 25, 2012

Maafkanla.....


Maafkanlah........





1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.

"....dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang" (an-nur: 22)

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.

" dan jika kamu maaafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (at-Taghabun:14)

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.

"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan perdulikan orang yang bodoh." (al-A'araf:199)

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.

" Tetapi barang sesiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (asy-syura: 43)

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.

"...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (Ali Imran:134)




Jika dengan BERSABAR mampu menjernihkan keadaan 
maka bersabarlah....
Jika dengan Tidak MARAH dapat menghulurkan sebuah kemaafan...
maka janganlah marah....
Jika dengan KEMAAFAN mampu membuat tersenyum
maka maafkanlah.....
Jika dengan SENYUM mampu meyakinkan ukhwah dan kasih sayang
maka senyumlah...(^^,)


~senyum sOkmo~ 

Nasihat







"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

Wednesday, May 2, 2012

JIWA TENANG???


-SUNGGUH INDAH FITRAH KEHIDUPAN-

Tuesday, February 28, 2012

~SESEKALI HATI INI DIUJI~

~SESEKALI HATI INI DIUJI~



Sesekali hati ini diuji dengan pelbagai ujian dariNya..
sendirian aku menangis..tercari2 masihkah ada lg teman disisi..
yg bisa ku kongsi duka dan lara ku..
terdetik di benakku..
mengapakah aku diuji sedemikian rupa..
terus dibiarkan terlena dan terleka..dengan kenikmatan dunia yg hanya sementara..
siapakah aku utk mempertikaikan takdir hidupku..
hanya insan kerdil yg penuh dengan debu dosa..
aku terlupa dengan firmanNya..
"tidak aku uji hambaku sesuai dengan kemampuannya.."
aku lupa..rupa2nya Dia mengujiku utk melihat sejauh mana pengharapan aku padaNya..
sejauh mana akan aku tunduk sujud mengharap keampunanNya..memohon pertolonganNya..
Dia mengujiku supaya aku selalu mengingatiNya..
Disebalik gelapnya malam hari..
rupa2nya terselit keindahan bulan yg bersinar menyeri..
disebalik peritnya ujian yg diberi..
rupa2nya terselit hikmah yg tersembunyi..
hanya padaMu ya Allah..aku memohon segalanya..
"Allahumma yassir wala tua'ssir"..amin

Monday, January 30, 2012

MENGHADAPI KESUSAHAN....

Menghadapi Kesusahan...

Tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan atau dirisaukan secara keterlaluan dalam hidup ini apabila mendapat atau menghadapi kesusahan. Susah dan senang sudah lumrah hidup, pasti digilirkan antara keduanya, kalau tidak kerap, jarang-jarang, paling tidak pun kadang-kadang. Pasti akan berlaku salah satu antaranya, kalau tidak senang, pasti susah, kalau tidak susah, pasti senang. Risau atau sedih apabila menghadapi kesusahan adalah perasaan yang fitrah. Memang ia tidak dapat dielakkan. Tetapi yang dapat dielakkan ialah kerisauan yang melampau atau berlebihan sehingga memberi kesan negatif kepada diri.

Apabila menghadapi kesusahan, yang kita perlukan bukanlah sikap putus asa, tetapi sabar dan terus berusaha. Sama ada usaha kita membuahkan hasil atau tidak, itu bukan urusan kita. Itu urusan yang Esa, urusan kita ialah berusaha, berdoa dan bertawakkal. Bersyukurlah dengan apa yang telah ada dan apa yang telah kita perolehi berbanding orang lain yang di belakang kita, yang tidak ada apa-apa atau tidak memperoleh apa-apa atau kalau memperoleh pun kurang dari apa yang kita dapat.

Kebiasaannya, apabila berada dalam kesusahan, kita mengharapkan ada orang datang menolong kita. Itu juga lumrah, tetapi biarlah ia berpada-pada saja, jangan terlalu berharap kelak kalau kita tidak dapat apa yang kita sangat harapkan kita akan kecewa dengan teruk. Berharaplah dengan sederhana dan berpada-pada saja, andai harapan kita tidak tercapai pun, tidaklah teruk sangat kita kecewa. Setidaknya kecewa kita itu sederhana dan berpada-pada saja juga. Tidak payahlah kita menaruh sangat harapan kepada manusia untuk menolong kita, kerana manusia itu makhluk yang lemah. Lebih baik kita menaruh harapan pada yang Maha Esa kerana Dia ialah Pencipta Makhluk, Dia Maha Kuasa. Dia berkuasa untuk menggerakkan hati-hati manusia dan menggerakkan sendi-sendi manusia untuk datang menolong kita dengan apa cara yang Dia suka. Berharap dan berdoalah kepada Yang Maha Esa terlebih utama dan lebih dahulu daripada berharap kepada manusia.

P/s ~ Mudah untuk menulis tetapi hanya orang yang merasai tahu hakikat sebenar~

TIGA LANGKAH MENGHADAPI DUGAAN



Tiga langkah menghadapi dugaan

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing-masing terdapat kebaikan. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata “Andai saya berbuat begini pasti akan begitu”, tapi katakanlah “Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendaki-Nya pasti terjadi”, kerana sesungguhnya kata ‘seandainya’ membuka perbuatan syaitan. (hadis riwayat Muslim)

“Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah”.

Syed Alwi Alatas menulis tentang hadis ini dalam bukunya ‘Bila Allah menduga kita’ (Mustread Sdn Bhd, 2010).

Dalam dugaan paling berat sekalipun masih tersisa sedikit manfaat. Jangan biarkan dugaan melalaikan kita dari meraih manfaat yang berbaki. Jangan biarkan kerugian dua kali, kali pertama kerana dugaan itu sendiri dan kali kedua kerana lalai dari meraih manfaat yang masih tersisa dari dugaan tersebut. Kalau tidak dapat mengambil semuanya, jangan ditinggalkan semuanya, ambillah mana yang dapat. Dugaan yang berlaku memang di luar kawalan kita, ia bukan urusan kita, ia urusan Allah, maka kita serahkan kepada Allah. Adapun manfaat yang masih tersisa dari dugaan tersebut adalah dalam kawalan kita. Ia adalah urusan kita. Ia adalah pilihan kita sama ada untuk meraihnya atau mensia-siakannya.

Allahlah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan meminta tolong. Allah tidak pernah merasa jemu kepada hamba yang minta pertolongannya, sedang manusia senang jemu kepada orang yang asyik minta tolong. Allah pasti dapat menolong, tetapi manusia belum pasti dapat menolong.

Ketika dugaan menimpa kita, kita secara semulajadi menjadi lemah. Kelemahan ini adalah di luar kawalan kita. Kita tidak ada pilihan untuk mengelak dari berlaku demikian. Tetapi kita ada pilihan bagaimana untuk bersikap dalam menghadapi dugaan tersebut, sama ada untuk menghadapinya dengan semangat juang yang kuat atau dengan semangat yang lemah. Apa akan terjadi jika kita yang sedia lemah oleh dugaan yang menimpa menangani pula dugaan tersebut dengan lemah. Kita menjadi dua kali lemah. Masalah tidak akan selesai. Beban tidak menjadi makin ringan, malah berlipat ganda menjadi makin berat. Sedangkan jika kita bersikap kuat semangat dalam menghadapi dugaan, kita telah menghapuskan kelemahan yang menimpa kita dengan kekuatan semangat kita. Kelemahan itu menghilang dan yang tinggal hanyalah kekuatan semangat kita dan akhirnya kita akan menjadi kuat.


~Allah bersama dengan kita~

Tuesday, December 27, 2011

SELAMAT TAHUN BARU..........................

~akan berlalu 2011~


SELAMAT TAHUN BARU!

"Selamat Tahun Baru, encik!". "Selamat Tahun Baru, kawan!". "Selamat Tahun Baru, abang!". "Selamat Tahun Baru, adik-adik". "Selamat Tahun Baru, Boss!". "Selamat Tahun Baru, Bro!". "Selamat Tahun Baru, semua!". "Guten jahre", kata orang Jerman. "Happy new year" pulak bagi yang berbahasa Inggeris.

~Akan dilalui~


Ramai dalam kalangan kita yang dah mula sampaikan ucapan-ucapan ini kepada orang di sekeliling. Ye lah, Disember dah sampai ke hujung; 1 Januari pulak dah hampir tiba. Tahun 2012 akan menjelang tak berapa hari lagi.

Kiranya masa yang kena lah untuk ucapan yang semacam ini. Kalau anda ucapkan ucapan itu pada bulan Mac nanti, tentu ramai yang akan ketawakan. Tambah pula kalau kita cuba lakukannya pada bulan Jun, Julai, dan seterusnya, Pasti akan ada yang terangkat kening atau berkerut dahi memandang anda, sambil menyoal balas, "Eh, kau sihat ke tak ni?", "Are you OK?" atau respon-respon yang seangkatan dengannya.

Ia sudah menjadi semacam norma hidup orang muda Malaysia sekarang ini. Kita sudah terbiasa dan dibiasakan menunggu kehadiran tarikh 1 Januari tiap-tiap tahun untuk ucap "Selamat Tahun Baru" kepada orang di sekeliling kita. Kalau lama pun selepas 1 Januari itu - andai terlambat tapi ingin diucapkan juga, setakat seminggu dua selepas itu masih OK. Selepas itu ia mungkin dianggap pelik, barangkali juga melucukan bagi sesetengah orang. Selepas itu kita mungkin akan lupakan tahun baru itu. Tak mustahil pula dilupakan sekali bersama dengan azamnya yang berjela-jela...

OK. Islam ajar kita untuk ucap salam dan sebarkan salam sepanjang tahun, sepanjang masa. Tiada masa tertentu untuk ucap selamat. Tidak pula dipopularkan oleh Nabi Muhammad untuk menunggu tahun baru mengikut kalendar Masehi itu, untuk dirangkaikan bersamanya ucap-ucap selamat itu.

Lagipun, sesuai ke konsep tahun baru ini dengan cara hidup Islam? Kita fikirkan sama-sama... boleh? Sekejap saja untuk beberapa minit. Harap-harap dengannya kerangka fikiran kita boleh diubah semula daripada mengikut kerangka Masehi, kebaratan, malah tidak keterlaluan jika saya kata unIslamic ini.

Satunya, kalendar tahun Islam bermula dengan Muharram bukan Januari. Jadi, mengapa kita memilih Januari untuk ucap Selamat Tahun Baru? Bukankah itu meniru orang Kristian namanya? Dan mengapa tidak kita ucapkan ucapan selamat dan doa selamat utk keluarga, sahabat dan kenalan semasa kehadiran Muharram? Malah kita tidak cenderung pun untuk bertekad dengan azam baru di malam 1 Muharram, andai saja kita sambutan tahun baru itu perlu diraikan setahun sekali?

Sebagai orang Islam kita memerhatikan keperluan melihat dan merasai bahawa setiap hari adalah baru. Setiap hari juga adalah kehidupan yang datang dan berlalu. Maka setiap hari juga perlu disambut dan dihayati dengan sepenuhnya demi kebaikan dunia dan akhirat. Maka setiap hari pula diterimapakai sebagai "Hari ini perlu lebih baik daripada semalam; Esok perlu lebih baik daripada hari ini". Andai ada azam untuk berubah kepada sifat, sikap dan amalan yang lebih baik, maka ia boleh dan wajar dilaksanakan bila-bila masa pun. Tak perlulah nak tunggu Tahun Baru!

Ucap selamat itu baik kalaupun diucapkan setiap hari. Kalau gitu, apa salahnya ucapan Selamat Tahun Baru yang agak terlewat sedikit, atau jauh terlewat melangkaui Januari? Kalau seseorang nak buat azam baru, bukankah boleh saja ditanam azam baru itu bila-bila pun juga? Tak semestinya nak mula pada 1 Januari tu, kan gitu?

Apa pun, ingatlah sebaik-baik tradisi dan gaya hidup yang perlu dijadikan tabiat adalah gaya hidup Islam. Manakala sebaik-baik ucapan adalah ucapan salam. Maka mari kita sebarkan salam sebanyak-banyaknya. Moga orang yang menerima ucapan salam kita itu selamat dan bahagia pada tahun hadapan ini, malah sehingga akhir hayatnya.

Satu yang penting. Andai kita rasa nak bertaubat dari kesalahan dan dosa, taubatlah sekarang dan azamlah terus untuk membina dan membaiki diri. Jadikanlah hari ini tahun yang baru dan hidup yang baru bagi anda. Pohonkanlah keselamatan dari Allah. Moga anda berbahagia di masa-masa yang ke hadapan ini, dunia dan akhirat! Jangan tunggu 1 Januari. Jangan tunggu bila-bila pun...

Perubahan yang baik perlu bermula sekarang, kerana esok belum tentu milik kita! Selamat Tahun Baru, Selamat Hari Baru, Selamat Sentiasa!

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.........


tunggu-tunggu..................................lupa pelak kepada pelajar sekolah dan pelajar tahun satu yang baru nak melangkah ke alam persekolahan...selamat berjuang...moga dipermudahkan urusan dan Allah senttiasa bersama dengan kita..~
~xmboh nagis-nagis...senyum sokmo slalu~