Tuesday, June 14, 2011

Risalah Mursyid: Jalan yang Selamat ..Keimanan dan Kesatuan


Risalah daripada Dr. Mohammed Badi’ - Mursyid Am Ikhwan Muslimin

2 Jun 2011

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat. Adapun selepasnya;

Sesungguhnya Islam yang kita seru manusia adalah rahmat Allah kepada seluruh alam dan jalan yang lurus. Dengan Islam manusia akan mengecapi kebahagiaan; di mana Islam melindungi jiwa, harta dan kehormatan, dan semua orang menikmati kebebasan, keadilan dan kesamarataan, dan melimpahkan keamanan dan keselamatan di segenap pelosok bumi; seluruh umat manusia dapat menikmatinya, tanpa diskriminasi antara warna, keturunan atau ideologi, di mana setiap orang adalah sama, untuk mereka apa yang kita miliki, dan mereka adalah milik kita.

Wahai umat Islam .. Wahai dunia seluruhnya

Ikhwan Muslimin masih setia dan jujur tentang apa yang mereka warisi dari Rasulullah saw bersama-sama dengan semua umat Islam. Imam al-Banna rahimahullah telah menyatakan dengan jelas lagi terang tanpa sebarang kekaburan, tidak ada yang tersembunyi di sebalik tipu daya dan kelicikan ahli politik, dan tiada apa yang terselindung di " belakang tabir politik ". Seluruh dunia dapat mendengar kata-katanya:

"Kami akan menyeru para pemimpin yang berada di barisan pertama .. kami menyeru mereka untuk memimpin, kami beritahu mereka: Inilah jalannya .. inilah jalan yang didokong oleh rakyat. Mari kita berjalan di atas keberkatan Allah. Kita adalah satu bangsa yang beradab dengan adab Islam, yang memahami maksud kata-kata Rasulullah saw :

"Ummat saya akan terus dalam kebaikan selagi yang kecil menghormati yang besar, dan yang besar menyayangi yang kecil".

Oleh itu, kami tidak akan mendahului apa yang kalian telah dahului, dan kami tidak akan mencanggahi kalian selagi kalian berada di atas kebenaran, dan kalian telah bersungguh-sungguh sedaya upaya kalian. Seandainya kalian telah lakukan demikian teruskanlah, tetapi jika kalian tidak melakukannya, maka kalian telah meninggalkan amanah, dan diri kalian telah kehilangan makna kepimpinan, dan kita perlu mencari pemimpin yang benar-benar membawa amanah.

Mereka ini tetap ada; Firman Allah swt (bermaksud);

“dan jika kamu berpaling niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini”. (Muhammad: 38).

Imam Al-Banna turut mengajar kita, agar kita mengatakan kepada semua orang: “Politik bukanlah sekadar suatu pekerjaan yang memerlukan kerajinan, dan bukan mahu merebut habuan apapun, tetapi mereka menguruskan urusan bangsa yang membawa kebaikan kepada umat manusia, dan diredhai Allah ..Politik adalah satu tanggung jawab penuh, bukan sekadar di dalam dewan parlimen, dan bukan kerana takut menjawab persoalan dari ahli parlimen lain, tetapi tanggung jawab di hadapan Tuhan, dan takutkan perhitungan Tuhan, terhadap semua perkara yang besar mahupun kecil. Firman Allah swt (bermaksud):

"Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang Telah mereka kerjakan ada (tertulis). dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun". (Al-Kahfi: 49)

Slogan musuh kita, "Pecah dan Takluk"

Ini merupakan percaturan untuk setiap penjajah perampas, dan semua penakluk perampas; kerana yakin bahawa mereka tidak akan menemui sebuah perhentian yang menjadi sebab kepada mereka untuk membina kesatuan negara, dan kemudian sememangnya konspirasi mereka siang dan malam, adalah memecah belahkan umat Islam sejak dahulu hingga sekarang.

Pada zaman dahulu, seorang tokoh Yahudi Syas bin Qais, melalui sekelompok Aus dan Khazraj yang berhimpun di dalam satu majlis. Lalu timbul kebenciannya terhadap perpaduan dan keakraban yang ia lihat dari mereka, dan hubungan yang baik antara mereka di atas Islam selepas berlaku permusuhan di zaman jahiliah. Beliau mengatakan: “Demi Allah, aduhai celaka kami kerana apabila mereka bertemu kedudukan mereka semakin kukuh”. Lalu beliau menyuruh seorang pemuda Yahudi, ia berkata: “Dekatilah mereka, duduklah dengan mereka dan ungkitlah kembali tentang kisah perang Bu’ath, dan alunkan syair-syair yang pernah mereka perdebatkan”. Lalu pemuda itu melakukannya, Maka akibatnya Aus dan Khazraj menjadi bertengkar dan saling bangga-membangga, sehingga dua lelaki menghunuskan pedang kerana berdebat, sampai ada di kalangan mereka yang menjerit: "senjata senjata”, Lalu berita tersebut sampai kepada Rasulullah saw, Maka dengan segera Rasulullah keluar menuju kepada mereka dan berkata (bermaksud):

"Wahai kaum Muslimin, Allah Allah, Alangkah keterlaluan kalian, adakah kalian mengangkat seruan-seruan jahiliah padahal aku masih berada bersama kalian selepas Allah memimpin kalian kepada Islam dan memuliakan kalian, Allah telah memutuskan perkara jahiliah dari kalian, dan menyelamatkan kalian daripada kekufuran dan menyatukan hati-hati di antara kalian. Adakah kalian akan kembali seperti kalian kafir dahulu".

Justeru mereka menyedari bahawa amalan ini adalah dorongan Iblis dan tipu daya musuh, lalu mereka mencampakkan senjata dari tangan mereka. Mereka menangis dan memeluk orang-orang dari Aus dan Khazraj satu sama lain, kemudian mereka beredar bersama Rasulullah saw dengan patuh dan taat. Dengan demikian Allah telah memadamkan api permusuhan dari musuh Allah. Dalam hal ini Allah mengungkapkan dalam firmanNya (bermaksud):

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman”. (Al-Imran: 100)

Manakala konspirasi dan tipu daya licik musuh di zaman moden ialah ketika duta besar Perancis, Jeneral Sebastian telah menyerahkan sebuah laporan kepada Napoleon Bonaparte pada 12 Julai 1808 yang merangkumi situasi dalaman dan dasar luar negeri Negara Khilafah Islam Turki pada masa itu, beliau berkata: ".. Bolehkah kita masukkan rancangan memecah-belahkan antara Muslimin? Saya tidak tahu apakah itu mungkin boleh berjaya? ? Tetapi soalan ini selalu bermain di fikiran saya: Apakah mungkin untuk memasukkan permusuhan mazhab antara kaum muslimin? Jika mungkin, ialah dengan cara mencipta konflik dalam agama Islam, maka perampasan tanah yang dikuasai oleh Turki di Eropah menjadi mudah .. "?.

Menurut Theodor Herzl dalam Persidangan Freemason pada tahun 1903: ".. kita mengiktiraf semua agama, dan kemudian kita meletakkan tanda soal, Apabila penganutnya bergoncang, maka kita kembali ”, dan berkata: “Tiada yang kekal, melainkan undang-undang Musa, tetapi jalan pintas ialah kita memasuki agama manusia, dan memelihara Israel di hati kita, untuk mewujudkan perbezaan, doktrin-doktrin dan mazhab, bagi mewujudkan berbilang-bilang jenis, tujuan dan caranya; kerana orang menjaga kambing di tanah mereka, dan kita tidak mungkin memiliki, memakan dagingnya, dan merampas tanah mereka melainkan kita mencetuskan api permusuhan di antara mereka, untuk memudahkan kehancuran di tangan kita "

"Israel" entiti Zionis menduduki simbol perkauman

Allah telah mengingatkan kita tentang konspirasi orang Yahudi dan peranan mereka dalam menyalakan api peperangan, Allah swt berfirman (bermaksud):

“Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan dimuka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan." (Al-Maidah: 64)

Tangan mereka telah menyalakan api dalam sekam, yang tidak kelihatan, dan jauh dari lapangan, Namun api tersebut terus marak sampai ke medan perang iaitu di semua negeri Muslim, yang menyebabkan masing-masing di ancam bahaya, atau adanya usaha-usaha yang menghalang tercapai tujuan mereka.

Perang di Sudan dan pemecahannya tidak lain adalah hasil tangan mereka, konflik dan perang yang terjadi antara dua kumpulan di Palestin juga tidak lain adalah hasil perancangan mereka. Sudah pasti mereka membenci perdamaian yang termetri antara Fatah dan Hamas. Kita berdoa kepada Allah menyempurnakan rahmat iaitu tercapai perdamaian ini ke matlamatnya, dan warga Palestin dapat merealisasikan secara praktikal dari kata-kata Allah (bermaksud): “Allah memadamkannya” dan menamatkan peperangan sesama mereka selama-lamanya, dan berpegang teguh dengan agama Allah dan bersatu dalam menghadapi perampas yang menjajah.

Jalan keselamatan ..Keimanan dan Kesatuan

Wahai Muslimin, Saya tidak yakin bahawa Barat inginkan kebaikan bagi umat Islam.

Saya tidak terfikir bahawa pakatan Zionis Amerika inginkan revolusi kita yang penuh berkat ini mencapai tujuannya, bermula dengan kita menikmati kebebasan di negeri kita, bebas dalam menentukan keputusan kita, dan seterusnya mempunyai kedaulatan atas tanah air kita.

Di sini saya menyeru kepada semua umat Islam bahawa jalan yang akan membawa keselamatan dari konspirasi musuh dan revolusi mencapai tujuannya adalah dirumuskan seperti berikut:

Pertama: Kekuatan iman kepada Allah swt, menyempurnakan pergantungan kepada-Nya, dan memohon sepenuh hati kepada-Nya, meminta sokongan-Nya, dan berharap kepada pertolongan-Nya, dan berbangga dengan kemuliaan Allah yang bersumber dari iman ini:

..padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin”. (al-Munafiqin: 8).

Kedua: Mengukuhkan struktur binaan, menguatkan ikatan dari kelompok kita, dan menguatkan asas, membersihkan hati, memurnikan pendirian, menetapkan makna kesetiaan dan merasai kesucian persaudaraan, dan menyinarkan hati dengan perasaan cinta kepada Allah:

Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."(al-Hujurat: 10).

Ketiga: Menolak perpecahan dan konflik: Umat Islam tidak dapat dikalahkan walaupun hanya dengan bilangan tentera yang sedikit jumlahnya, atau kekurangan peralatannya, dan jumlah tentera musuh yang besar, atau persiapan musuh yang rapi, dan walaupun musuh mengumpulkan orang-orang dari seluruh bumi, tetapi kita akan kalah jika hati kita rosak, dan Allah tidak membaiki amalan kita, atau bercerai berai barisan kita, dan pandangan kita berbeza-beza. Kita hendaklak bertitik tolak dari firman Allah swt (bermaksud):

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai” (Al-Imran: 103).

Hal ini diperkuatkan dengan firman Allah swt (bermaksud):

Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (al-Anfal: 46).

Keempat: Bergerak pada perkara yang kita persetujui bersama, dan tinggalkan perkara yang kita tidak setuju untuk sementara: Hukum ini menjadikan kita sebagai satu barisan, dan satu tangan, dan kita dapat mencapai tujuan kita. Saya tidak menyatakan bahawa kami betul ketika kami memutuskan untuk turun ke lapangan pada tarikh 25 Januari dengan tujuan yang disepakati oleh semua orang. Bagi kami ianya adalah pertolongan Allah .. Oleh sebab itu saya menggalakkan semua kumpulan mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan revolusi yang berperanan mengurus sesama mereka, dan kita tidak akan turun ke lapangan kecuali di atas tuntutan yang dipersetujui.

Kelima: Menghormati pendapat majoriti. Ini adalah asas demokrasi. Sekumpulan orang atau sekumpulan ahli fikir janganlah menggambarkan bahawa rakyat lemah dan tidak mampu memahami kepentingan, atau tidak dapat memahami politik. Salah faham ini menunjukkan seolah-olah rakyat belum cukup umur dan belum mumayyiz perlukan ‘wali’, seperti yang dilakukan rejim dahulu.

Kami tetap mengatakan bahawa warga Mesir adalah warga yang hebat, dan bahan mentahnya asli, tidak berubah atas faktor masa, tidak memberi kesan dengan panjangnya cubaan dan mehnah. Tanah yang telah menutupinya atau tanah basah yang telah mengelilinginya, tidak merosakkan keaslian dan kandungannya. Sejarah telah menyaksikan kemajuan dan peradabannya. Mesir kita yang mulia ini tidak membenarkan perampas yang menjajah atau yang datang dekat dengannya, melainkan warganya mempunyai peranan besar dalam menghentikan kepalsuannya dan membalikkan akibatnya .. Benarlah nabi kita yang pernah menyatakan bahawa mereka adalah sebaik-baik tentera di muka bumi dan bahkan mereka adalah sebaik-baik ulamak.

Jelasnya, warga yang mewujudkan revolusi besar ini adalah warga yang hebat yang mempunyai kemahuan dan cita-cita yang besar. Mereka boleh membezakan antara perkara yang memberi manfaat dan yang membahayakan dirinya, dan menyedari di mana kepentingannya, dan tahu bagaimana memelihara revolusi supaya mencapai tujuannya.

Keenam: Disiplin sangat penting bagi kejayaan demokrasi: Demokrasi dapat berjaya dan menuai buah yang baik dan berkat mestilah menjaga Peraturan-Peraturan asas ketika melaksanakannya:

  • Golongan minoriti yang tidak diterima pendapatnya hendaklah menjadi golongan yang paling awal melaksanakan pendapat majoriti
  • Mereka hendaklah melaksanakannya dengan ikhlas atas kefahaman bahawa itulah pendapat yang wajib diikuti
  • Mereka hendaklah mempertahankannya sebagaimana yang dipertahankan oleh golongan majoriti
  • Golongan minoriti tidak berhak untuk membahaskan sesuatu pendapat yang telah selesai sesi perbahasannya, atau menimbulkan kekeliruan pada sesuatu pendapat yang telah diputuskan untuk dilaksanakan/dikuatkuasakan.

Ketujuh: Menahan diri dari berbalas tuduhan ketika perbezaan pendapat merupakan fenomena yang sihat. Setiap orang berhak mempertahankan pendapatnya, dan mengajak kepadanya .. Tiada seorangpun yang disekat akalnya dari berfikir kerana kebebasan berfikir dan memberi pendapat merupakan hak yang dijanjikan untuk semua tanpa membezakan puak antara satu sama lain. Namun dengan pengiktirafan kami ke atas hak ini, kami memberi peluang kepada semua untuk menyatakan pendapatnya sebelum keputusan dibuat, dan tanpa mencemuh pandangan pihak lain. Tidak sepatutnya bagi orang yang merdeka dan berakhlak mulia melemparkan tohmahan kepada mereka yang tidak bersetuju dengannya .. atau menghina dan meremehkan mereka..

Jadikan slogan semua orang pada tahap kritikal ini ialah seperti firman Allah swt (bermaksud):

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Hujurat: 12)

Justeru, Imam al-Banna rahimahullah telah meninggalkan Wasiat kepada Ikhwan Muslimin:

" Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebaikan."

Kelapan: Kesabaran adalah antara tuntutan marhalah dan sebaik-baik perkara yang membantu kita untuk menempuhi marhalah ini dengan selamat ialah dengan meneguhkan diri kita dengan sifat sabar dan kesabaran. Ini kerana kerosakan dan korupsi telah bertimbun selama enam dekad, tidak boleh diubah dalam satu bulan atau dua bulan, tetapi mungkin perlu menunggu selama bertahun-tahun. Justeru, kita mulakan langkah pertama di jalan, dan tugas kita adalah untuk terus berjalan. Ianya bukan kerana kepentingan peribadi dan keinginan hawa nafsu dan kita selalu mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan khusus.

Kita pasti bahawa masa adalah sebahagian dari rawatan .. kerana bagi kita kemuliaan itu ialah apabila kita bersepakat, dengan bersabar di atas karenah orang lain. Senjata kita hanya firman Allah swt (bermaksud):

Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung”. (Al-Imran: 200).

Kesembilan: Berkerja untuk membina kebangkitan kita. Sesungguhnya Mesir kita yang mulia sangat perlu kepada kerjasama antara semua anak bangsa: Muslim dan Kristian, laki-laki dan perempuan, pemuda dan pemudi, untuk pembangunan dan rekonstruksi, yang memerlukan usaha bersepadu, penyusunan kekuatan yang efektif, tenaga kerja, pemikir, menggunakan semua tenaga dan potensi untuk membina bangsa dan membangunkan dari segi agama, akhlak, ekonomi, sosial dan ketenteraan, sehingga kita dibebaskan dalam semua aspek, agar tidak mengaktifkan salah satu yang mengurangkan kebebasan kita, atau merosakkan maruah, kedaulatan di atas tanah air kita dan martabat di negara kita. Firman Allah menjadi prinsip kita dari sekarang (bermaksud):

Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, Maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang Telah kamu kerjakan." (At-Taubah: 105)

Kesepuluh: Nasihat saya kepada Ikhwan, jangan takut kepada jumlah besar ‘panah’ yang menuju kepada kalian dari beberapa media yang tidak berhenti dari bercakap tentang kalian, memesongkan kalian, mempersoalkan niat kalian dan sentiasa berusaha untuk memalingkan orang lain dari kalian. Oleh sebab itu janganlah kalian berasa lemah dan bersedih, dan hiasilah diri kalian dengan sabar dan takwa. Firman Allah swt (bermaksud):

Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Ali-Imran: 120)

Janganlah sibukkan diri kalian untuk membalas mereka dengan kata-kata, dan tumpukan kerja kalian untuk memberikan jawapan yang terbaik, dan jawapan yang muktamad. Firman Allah swt (bermaksud):

dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya." (Yusuf: 21),

dan janganlah kalian memberi mereka peluang untuk bercakap tentang hal yang salah, dan lidah tersasul, kerana orang yang banyak bercakap sedikit kerjanya.

Ketahuilah wahai Ikhwan , Allah melihat hati anda. Oleh itu ikhlaskan niat kalian dan teruskanlah bekerja. Firman Allah swt (bermkasud):

dan Allah pun bersamamu dan dia sekali-kali tidak akan mengurangi pahala amal-amalmu”. (Muhammad: 35).


http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=85386

Thursday, June 9, 2011

Ajaran Sesat Di Malaysia

AJARAN SESAT DI MALAYSIA

PENDAHULUAN

Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam
diMalaysia bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran
sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara
benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah didalam ajaran-ajaran
berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang
lain. Namun begitu masalah perselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa
faktor berikut:-


i. Orang yang memperkatakan tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu.
ii. Mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui betul-betul ajaran berkenaan.
iii. Aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai cara-cara pengajarannya
mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada peringkat awal menonjolkan
kebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan yang mengelirukan
bahkan mempunyaim unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
iv. Ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak di sebarkan secara terbuka. Oleh itu
tidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum secara terus atau terperinci.

Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul- rasul,
Kitab,Qada’dan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat.
Sehingga kini hampir setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yang
disebarkan secara senyap-senyap dan adakalanya mendapat sokongan daripada tokoh-
tokoh agama tempatan.


Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi kita, malah kemunculannya dinegara ini
adalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisma serta
daya rekacipta kuno yang tidak berlandaskan Syariat Islam.
Walaubagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian berat setelah berlaku
peristiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan kumpulan ajaran sesat yang
bertopengkan “Tarikat Nurul Zaman” keatas balai polis Batu Pahat Johor pada hari
Khamis 16hb Oktober, 1980 yang telah meragut 6 orang dari kumpulan penyerang dan
mencederakan 23 orang awamTAKRIF AJARAN SESAT.

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang di bawa oleh orang-orang Islam ataubukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atauberdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa

itu bertantangan daripada Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta
bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ciri-ciri ajaran sesat yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti
berikut.:-


i. Mengaku dirinya sebagai Nabi dan mendakwa menerima wahyu
ii. Mempercayai ada Nabi-nabi lain selepas Nabi Muhammad.
iii. Mempercayai wahyu masih lagi turunselepas wafatnya Rasulullah saw.
iv. Mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa
orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti
Imam Mahdi dan sebagainya.
v. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula kedalam jasad orang
yang masih hidup.
vi. Mendakwa pengikut-pengikut ajarannya sahaja akan masuk syurga.
vii. Mendakwa gurunya memegang pintu syurga.
viii. Mempercayai gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
ix. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama
x. Mempercayai bahawa orang yang telah matiboleh memberi pertolongan kepada orang
yang menyeru namanya.
xi. Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk
sampai kepada tuhan.
xii. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batindengan
tujuan mendapatkan anak yang soleh.
xiii. Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.
xiv. Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat
kepada muridnya.
xv. Mendakwa ajaran dan Tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah
saw secara jaga.
xvi. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah
melalui Nur Muhammad yang berada didalam dirinya dan dengan demikian didakwa
pasti masuk syurga.
xvii. Memansukhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat
syariat baru.
xviii. Meninggalkan sembahyang jemaah kerana mengamalkan Suluk.
xix. Mendakwa bahawa Ibadat Haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi boleh
ditunaikan ditempat-tempat lain.
xx. Mengubah dengan sengaja ayat Al-Quran dan maksudnya.
xxi. Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan
ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya ada batinnya.

BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT

Bentuk ajaran sesat yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bentuk:-
i. Bentuk Ajaran Baru.
Ajaran bentuk tarikat ini biasanya menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran

Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Kluang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @ Jara

b. Dumin.

ii. Bentuk Tarikat.
Ajaran bentuk Tarikat ini biasanya menggunakan nama-nama Tarikat yang masyhur.
Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan yang asal
atau diubah suai. Ada juga Tarikat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti Tarikat
Zikrullah oleh Hasan Anak Rimau / Ayah Pin di Kelantan, Tarikat Khalid dan lain-lain.

iii. Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepada
dukun-dukun, pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurun
dan sebagainya.
Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang
boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan.

CIRI-CIRI AJARAN DAN AMALAN YANG SESAT.

Bagi menentukan sesuatu ajaran dan amalan itu sesat ia didasarkan kepada:-
I. Menyentuh akidah: Sekiranya terdapat apa-apa pegangan, keyakinan kepercayaan
yangbertentangan dengan akidah Islam adalah dikira sesat.
Contoh: Pengakuan Menjadi Nabi Dan Rasul

Dalam sesuatu ajaran itu apabila didapati samaada pengakuan dari guru atau
pengakuan dari murid atau pengikutnya yang beranggapan bahawa gurunya adalah Nabi
dan Rasul atau wakil Nabi atau Rasul secara langsung, maka pengakuan itu adalah sesat
dan tidak benar.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Tetapi ia adalah Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-Nabi

II. Menyentuh amalan: Sekiranya terdapat apa-apa amalan, perlakuan, upacara dan adat
istiadat yang bertentangan dengan syariat Islam adalah dikira amalan sesat.
Contoh: Memansuhkan beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji
sebagaimanayang telah dinyatakan. Rukun-rukun tersebut dikatakan zahir dan batinnya.
Lalu mereka katakan bahawa sekiranya sudah tahu ibadat-ibadat tersebut dari segi
batinnya maka tidak perlu lagi mengerjakannya secara zahir, kerana amalan zahir itu
adalah kulit sahaja. Bagi orang yang sudah menikmati isinya, maka tidak berhajat lagi
padfa menjaga kulitnya, ataupun cukup dengan menyebut perkataan alhamdu sahaja
kerana perkataan itu sudah merangkumi sembahyang Subuh, Zohor, Asar Maghrib dan
Isyak.
Ada juga menolak kewajipan sembahyang Jumaat, dengan alasan:-
a) Mereka sembahyang dengan cara ghaib iaitu dengan para Wali Allah.
b) Kononnya mereka tidak sembahyang disini, tetapi sembahyang di mekah.
c) Kononnya dia sudah mempunyai taraf yang tinggi maka tidak layak lagi berimamkan

orang-orang awam yang tidak setaraf dengannya dalam sembahyang.

FAKTOR LAHIRNYA AJARAN SESAT.

Jika dikaji masyarakat Islam dinegara ini dapat dikatakan bahawa punca yang membawa
kepada lahirnya berbagai jenis ajaran dan amalan sesat pada umumnya adalah berpunca
dari dua faktor utama:-
1. Faktor Dalaman ( Internal Factors )
2. Faktor Luar ( External Factors )

Faktor Dalaman

Pada kebiasaannya jenis ajaran seumpama ini telah bertapak dan tersebar secara sulit dan
tersembunyi didaerah-daerah pedalaman di negara ini. Golongan yang mempelopori
ajaran dan amalan ini adalah terdiri dari tokoh-tokoh tempatan yang terpengaruh dan
sangat disegani oleh masyarakat sekitar.
Golongan ini mempunyai beberapa kebolehan dan keistimewaan yang luar biasa yang
dipergunakan sebagai sakti dan daya tarikan utama untuk mempengaruhi masyarakat
umum. Orang-orang biasa tidak mengetahui secara mendalam bagaimana bentuk ajaran
atau amalan ilmu-ilmu ini, kerana ianya diperkembangkan secara sulit dan rahsia.
Oleh kerana itu setiap pengikut ilmu-ilmu ini dikehendaki mengikat perjanjian dengan
gurunya bahawa ilmu ini tidak boleh diberitahu oleh orang lain. Sebaliknya mestilah
dirahsiakan. Jika diberitahu juga kononnya ilmu ini tidak mujarab atau tidak menjadi lagi.
Untuk menguatkan lagi perjanjian tadi, maka setiap pengikutnya dikehendaki
mengangkat sumpah dengan menyebutkan nama Allah, menggunakan ayat-ayat suci al-
Quran dan mengangkat al-Quran sebagai saksi.

Faktor luaran.

Masyarakat Islam di negara ini adalah merupakan masyarakat yang terbuka. Dengan hal
demikian berbagai pengaruh luar begitu senang sekali mempengaruhi keadaan sekitar
masyarakat Islam.
Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan ini selain dari anak tempatan
adalah juga datang dari luar negeri. Mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-
tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang agak berbeza dengan orang
awam, samaada disegi rupa paras, bentuk pakaian dan tingkah laku.
Bagi penganjur ilmu kebatinan yang berunsurkan seni mempertahankan diri, seringkali
golongan ini mengambil kesempatan dengan melantik pemimpin-pemimpin tertentu
sebagai khalifah atau Mahaguru. Oleh kerana itu manifesto ilmu yang dikembangkan itu
disesuaikan dengan kehendak masa dan suasana.
Kebanyakan pengikut-pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat dan ilmu kebatinan ini
adalah terdiri dari golongan yang tidak mempunyai asas yang kuat didalam aspek akidah
islam, disamping tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam
mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.

CIRI –CIRI ASAS PENGANUT AJARAN SESAT.

i. Mencaci Alim Ulama dan Fuqaha Islam
Penganut ajaran sesat selalunya mencaci dan menjatuhkan maruah para Alim Ulama dan
Fuqaha’ Islam iaitu dengan melemparkan tuduhan kepada para Alim Ulama dan Fuqaha
Islam bahawa mereka telah menyembunyikan ajaran Islam sebenar demi kepentingan
periuk nasi mereka, penipu, tamak haloba. Tujuan mereka melemparkan cacian keatas
para Alim UlamadanFuqaha’ Islam, ialah supaya alim ulama’ dan fuqaha’ islam itu
dipandang hina oleh masyarakat, dengan cara ini juga mereka mengharapkan hilang dan
merosotnya pengaruh Alim Ulama’dan Fuqaha’Islam itu merosot, maka mudahlah bagi
mereka untuk memasukan ajaran sesat kepada orang ramai.

ii. Mengatakan Syariat Islam itu ada Zahir dan Batin :
Dalam hal-hal yang bersangkutan dengan syariat Islam seperti Al-Quran , Syahadah,
Kenabian, sembahyang, puasa, haji, nikah kahwin, bersuci dan lain-lainnya mereka
mengatakan ada zahir danada batin atau digunakan istilah zahir syariat dan Hakikat.
Alim Ulama’ dan Fuqaha’ Islam yang ada sekarang ini hanyalah mengetahui zahir syariat
atau kulit sahaja dan mereka tidak mengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Kumpulan
ajaran sesat ini biasanya mendakwa kalangan merekalah yang mempelajari dan
mengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Manakala mereka yang sudah mendapat isi
dengan sendirinya kulit tidak perlu lagi, manakala mereka yang sudah mendapat isi
dengan sendirinya kulit tidak perlu lagi, manakala mereka yang sudah sampai kepada
ilmu hakikat maka dengan sendirinya zahir syariat tidak perlu lagi.

iii. Penganut ajaran sesat adalah merupakan golongan munafik dalam masyarakat Islam:
Berikutan dengan kefahaman mengenai syariat Zahir sebagai kulit dan hakikat sebagai
isi, maka penganut ajaran sesat ini menolak segala zahir syariat Islam, kalaupun
dikerjakan apa-apa Syariat Zahir ini sebagai menjaga adat dan peraturan didunia sahaja.
Seperti nikah kahwin dihadapan Kadhi, dua orang saksi, maskahwin, ijab qabul semua itu
kulit sahaja. Bagi mereka ada nikah batin yang mengandungi pengertian seperti berikut;-
Ma’anikam

- maksudnya perempuan

Yang dinikahkan

- bererti yang disetubuhkan
Yang dikahwinkan- ialah mani yang dimaksudkan juga dengannya ialah Seorang
penganut lelaki yang boleh mengeluarkan mani bila bersetubuh dengan perempuan itu.

Wali

- bermaksud Allah yang menjadi Wali. Atau iman tertinggi atau
iman ajaran ini.
Saksi

- Malaikat Kiraman Katibin

Juru nikah

- Ialah nabi Muhammad SAW.

iv. Gerakan Mereka adalah Rahsia.

Aktiviti yang dijalankan adalah rahsia dan hanya untuk ahli sahaja dan disyaratkan “

baiah” serta bersumpah menyimpan rahsia. Setelah pengakuan murid sanggup
menyimpan rahsia maka barulah di buka rahsia ilmu hakikat @ ilmu isi yang mereka
maksudkan itu. Biasanya mereka menentukan masa yang tertentu untuk belajar dan
mengajar mengenai ilmu hakikat @ ilmu isi yang dimaksudkan itu dan mendakwa orang
yang mem pelajari dan mengamalkan ilmunya itu akan beroleh apa yang dihajati dan
terbukalah segala rahsia dan tersingkaplah Hijab mereka dengan Allah S.W.T.

CARA-CARA PERKEMBANGAN AJARAN SESAT.

I. Melalui Ajaran:

Penyusupan ajaran sesat melalui cara tersebut adalah lahir dari guru-guru yang
membawa sesuatu ajaran dengan tujuan mencari pengaruh dan kepentingan diri dengan
mengemukakan ajaran dan amalan yang didakwa beramal dengan ajaran beliau
kononnyaakan mendapat sesuatu yang Ghaibseperti Kasyaf dan Laduni iaitu
mengetahui alam ghaib dan mendapat limpahan ilmu Allah dan Tajalliiaitu penjelmaan
hakikat zat, sifat, dan Af’alAllah kepadanya. Kemudian disogokkan pula kepada murid-
murid dengan beberapa keistimewaan kononnya akan mudahmendapat ketinggian
darjat, pangkat, damn kebesaran serta disanjung tinggi dan mulia oleh orang ramai.

II. Melalui Tarikat.
Melalui cara Tarikat ini selalunya menggunakan nama Tarikat yang masyhur seperti
Naqsyabandiah, Mufarridiyah, Syazaliyah, Ahmadiah dan lain-lain lagi dengan ditokok
tambah oleh gurunya mengikut kesesuaian tempatan dan kepentingan dirinya yang
mendakwqa sebagai “ Guru Mursyid” yang mendapat tauliah dari guru asalnya serta
boleh mentauliahkan orang lain.

III. Melalui Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Cara ini adalah merupakan cara biasa dan mudah diterima oleh masyarakat melayu Islam
dinegara ini kerana ianya bersifat kepercayaan terhadap kuasa sakti, jin, jembalang, dan
penunggu tersebut supaya mereka tidak mengganggu penduduk disesuatu tempat itu,
maka dilakukan upacara pemujaan.
Ada juga yang melakukan pemujaan keatas roh, para Wali dan Keramat, iaitu menziarahi
kubur orang yang dianggap Wali dan Keramat serta melakukan upacara tradisional,
seperti melepaskan ayam putih, pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatang
ternakan keatas kubur itu serta menyeru roh para Wali dan Keramat itu agar dapat
memberi pertolongan kepada mereka bagi menyampaikan apa-apa hajat mereka dan
apakala beroleh kejayaan, mereka akan membayar nazar diatas kubur orang yang
dianggap Wali dan Keramat atau mereka membayar nazar ditempat yang menjadi pujaan
mereka.
Terdapat juga mereka yang melakukan pertapaan iaitu dengan menyembunyikan diri
ditempat yang sunyi seperti di bukit, atau gunung atau gua tertentu dengan tujuan untuk
mendapat ilmu Ghaib, Sakti, gagah perkasa, kebal dan lain-lain bagi tujuan kehebatan

diri dan kepentingan diri serta untuk mendapat tempat yang istimewa dalam masyarakat.

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT DI MALAYSIA.

1. Ajaran Empat Sahabat ( Kota Bharu pada tahun 1974)
2. Ajaran Cerang melilin ( Terengganu pada tahun 1976 )
3. Ajaran Husin Ali ( Kuala Terengganu pada tahun 1976 )
4. Ajaran Crypto ( Kluang Selangor pada tahun 1978 )
5. Tarikat Aurad Islamiah( Kedah pada tahun 1979 )
6. Tarikat Zikrullah( Hasan Anak Rimau / Ayah Pin, Kota Bharu.1983 )
7. Ajaran Haji Mohd Yamin Ab. Rahman ( Kota Bharu Pada tahun 1990 )
8. Ajaran Tok Ayah Selamat ( Kota Bharu pada tahun 1989 )
9. Al- Arqam. ( Seluruh negeri 1988 )
10. Golongan Anti Hadis ( wilayah Persekutuan !992 )

Bukan sedikit ajaran sesat yang tumbuh dikalangan masyarakat Islam. Di negara ini
sahaja terdapat 46 jenis ajaran yang telah dikenalpasti sesat. Namun begitu terdapat
banyak lagi yang bercambah disana sini yang sukar diselidiki secara dekat kerana
kekurangan matlumat yang lengkap. Di sini diberi dua contoh ajaran sesat yang besar
dinegara ini:-

1. Al-Arqam.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad
Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan
masyarakat Islam di seluruh negara ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan
sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan
dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakyah melalui bidang
pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
Penyelewengan akidah Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad
dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang diantara lain
memberi ajaran dan fahaman seperti berikut:
i. Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah
saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di
dalam Ka’abah.
ii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula

sebagai Imam Al-Mahdi.

iii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan
setaraf dengan Khulafa’ Al-Rasyidin.
iv. Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga
(yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang kononnya untuk mengesahkan sesuatu
yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang
taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
v. Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila
diseru namanya.

vi. Ashaari Muhammad dipercayai, kononnya selain seorang yang soleh, wali yang
mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman dan Sayyidul-Mujaddidin.
vii. Penggunaan Gambar Ashaari secara meluas dikalangan pengikut kerana di percayai
akan membawa Barakah dan mempunyai Karamahnya.
viii. Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan
keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.

2. Golongan Anti Hadis.

Di Malaysia golongan anti Hadis telah dapat dikesan sekitar tahun 1984. ini
diperkuatkan lagi dengan terbitnya buku Kasim Ahmad, Hadis: Satu Penilaian Semula.
Kasim Ahmad mempelopori kumpulan ini kerana dipercayai terpengaruh dengan sebuah
buku Dr. Rashad Khalif, bertajuk The Computer Speaks: God’s Message To The World,
yang diterbitkan oleh Syarikat Renaissance Production International; Amerika pada tahun
1981.
Pendekatan Kasim Ahmad mengenai teori Anti Hadis banyak terpengaruh dengan
pendekatan yang digunakan oleh Dr. Rashad Khalifa. Beliau telah mempersoalkan
autoriti Hadis dan memberi beberapa gambaran yang mengelirukan mengenainya. Malah
beliau menuduh bahawa hadis adalah ajaran-ajaran palsu dan rekaan semata-mata serta
sekaligus beliau menolak kewibawaan ulamak-ulamak hadis. Beliau berpendapat Hadis
dan Sunnahlah yang menjadi salah satu penyebab punca kekeliruan dan perpecahan
terbesar dikalangan umat Islam selama lebih seribu tahun.
Dengan tersiarnya akhbar dan terbitnya buku Kasim Ahmad mengenai pandangan beliau
tentang Hadis, suasana masyarakat Islam amnya kurang menyenangkan. Lantaran itu
pihak Kerajaan telah mengambil satu ketetapan mengharamkan buku tersebut dari
pengedarannya.

PENUTUP.

Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat di dalam masyarakat Islam
dinegara ini, bukan sahaja boleh menyebabkan Akidah umat Islam menyeleweng dari
tuntutan Allah, bahkan ianya juga adalah sebahagian dari unsur-unsur yang membawa
kepada perpecahan dikalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam
beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa
jenis ilmu yang berbeza dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir
sama.
Masing-masing kumpulan akan berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang
mungkin; Implikasi dari keadaan seumpama ini akan membawa kepada lenyapnya
perasaan persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah
sebagai senjata kekuatan dan keutuhan umat Islam.
Dan yang lebih membimbangkan lagi sepertimana yang dibayangkan oleh Rasulullah
bahawa di suatu masa kelak umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak.
Sabda Rasulullah saw.
Ertinya:

“ Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya didalam neraka

kecuali satu sahaja, iaitu puak yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku”

Umat-umat Islam benar-benar beriman dengan Allah haruslah memahami bahawa
sesungguhnya tidak ada ilmu kebal dalam Islam, kerana Rasulullah telah menyatakan
bahawa Mukmin yang kuat ialah mukmin yang mempunyai kekuatan iman yang lahir
dari peningkatan ketakwaan kepada Allah. Bukti bahawa tidak ada kekebalan dalam
islam ialah Rasulullah sendiri telah cedera parah dalam peperanganUhud. Jika ada
kekebalan dalam islam sudah tentu Rasulullahdan para sahabat tidak akan cedera dalam
peperangan.
Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi segala ajaran atau amalan sesatyang terdapat
didalam masyarakat Islammaka setiap umat Islam haruslah bertanggungjawab serta
mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan kepada
ajaran Islam yang maha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini
keimanan serta keyakinan umat Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah tetap
terpelihara dan juga dapat mengelakkan umat-umat islam dinegara ini daripada terpedaya
dan terperangkap dengan golongan-golongan yang mencari pengaruh disebalik tabir
Islam.

RUJUKAN.

Abdulfatah Haron Ibrahim, Ajaran sesat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1993.

Ajaran Sesat, Satu Ancaman Terhadap Keselamatan Negara, Kor Agama Angkatan

Tentera, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur, 1995.

Suara Persatuan Ulama’ Malaysia, Bil, 31 ( thn 3 ) Jamadilawal 1413h ( November 1992)

muka surat 11-22.