Monday, October 24, 2011

AL-FUTUR

Al FUTUR (TERHENTI DAN MELENGAH-LENGAH)


Alhamdulillah dalam keadaan musim cuaca yang kadang-kadang panas dan kadang-kadang hujan lebat. moga didoakan semua dalam kesihtan yang baik juga amalkan pemakanan yang sihat. Insya-Allah diberikan kekuatan ingin saya kongsikan kepada anda dan pengingtkan diri ini berkenaan dengan Al Futur.

Para pembaca yang dikasihi, Jika ada yang baru mengetahui perkataan AL FUTUR atau istilah ini biasanya sering kali ditujukan kepada para aktivis Islam. Sebenarnya ramai aktivis gerakan Islam gagal mengenal pasti tentang bahaya dan wabak yang sedang menanti mereka di dalam perjalanan.

Dalam buku yang bertajuk "WABAK SEPANJANG JALAN" yang dikarang oleh DR. AL SYED MUHAMMAD NOH menghuraikan jenis-jenis wabak yang sering menyerang mereka iaitu ada tujuh wabak:

1)WABAK PERTAMA: AL-FUTUR (TERHENTI DAN PERLAHAN DI DALAM PERJUANGAN)
2) WABAK KEDUA: AL-ISRAF (GOPOH)
3) WABAK KETIGA: AL-ISTI'JAL (PEMBOROSAN)
4) WABAK KEEMPAT: AL-UZLAH ( MEMENCILKAN DIRI)
5) WABAK KELIMA: AL I'JAB BIL NAFSI (TERPOSONA DENGAN DIRI SENDIRI)
6) WABAK KEENAM: AL-GUFUR (BERBANGGA DIRI)
7) WABAK KETUJUH: AL-TAKABBUR (SOMBONG)

Kesemua penyakit di atas begitu merbahayakan kepada para amilin gerakan Islam. Dr Al Syed Muhammad Noh telah mendedahkan sebab berlakunya wabak tersebut dan juga mengemukan penyelesaian dan cara-cara mengubatinya. Hari ini saya akan menulis mengenai wabak pertama iaitu al Futur.

Pengertian al Futur : Dari sudut bahasa mempunyai dua makna:
1) Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak.
2) Malas, menangguh, melenggah-lenggah sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh.

Dari sudut istilah: Ialah merupakan suatu penyakit yang mungkin menimpa sebahagian dari pada para "amilin", bahkan ada amilin yang sudah ditimpa penyakit ini. Tahap al Futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melenggah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.

SEBAB BERLAKUNYA AL FUTUR (TERHENTI DAN MELENGAH-LENGAH)

1) Sikap keterlaluan dan berlebihan-lebihan di dalam agama.
2) Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang harus.
3) Mufaraqah (meninggalkan) jemaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan.
4) Kurang mengingati mati dan hari akhirat.
5) Pengabaian melakukan ibadah harian.
6) Mengambil makanan yang haram atau syubahah.
7) Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam.
8) Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan.
9) Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugasan dan tanggung jawab di samping kekurangan tenaga amilin.
10) Tidak bersedia mengahadapi halangan dan cabaran dalam perjuagan.
11) Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar.
12) Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jamaah.
13) Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh.

Insya-Allah kita akan sambung pada kesan al Futur dan cara mengubati al Futur. Moga para penbaca dipermudahkan urusan dan ingat Allah sentiasa bersama dengan kita.

p/s: penulis temenung seketika setelah menulis....


Alhamdulillah kita sambung kesan al F
utur:

Kesan Al-Futur

Terhadap individu: Kurang perhatian dan tumpuan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Kemungkinan sikap ini akan terus kekal sehinggalah ke akhir hayatnya. Maka orang ini akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak patuh kepada Allah.

Terhadap gerakan Islam: Gerakan Islam terpaksa menempuhi Jalan yang panjang dalam perjuangannya, juga bebanan yang berat dan pengorbanan yang banyak.
Ini merupakan sunnatullah kerana Allah tidak akan member kemenangan dan kekuasaan kepada orang yang malas, lalai dan tidak konsisten dalam perjuangan. Sesungguhnya kemenangan hanya diberi kepada amilin yang begitu sistematik gerak kerjanya, berjuang secara berterusan, cemerlang dalam pekerjaan dan hebat dalam perjuangan.

Merawat Al-Futur

1)Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar mahupun yang kecil
2) Berterusan melakukan ibadat harian
3) Mengintai waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadat.
4) Membebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam agama
5) Meletakkan diri dalam dakapan jamaah
6) Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya
7) Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
8) Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan
9) Sentiasa mendampingi orang-orang soleh yang berjihad dikalangan hamba Allah
10) Memberi hak kepada badan
11) Menghiburkan diri dengan melakukan perlaku an yang harus
12) Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, sejarah dan biografi
13) Sentiasa mengingati mati dan soal kubur
14) Sentiasa mengingati syurga dan neraka
15) Sentiasa menghadiri majlis ilmu
16) Menerima Islam secara keseluruhan
17) Melakukan muhasabah ke atas diri dan mengkaji setiap masa

Monday, October 17, 2011

Lafaz yang kita selalu cepatkan dan lupakan?



Dalam tidak sedar.


Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Setelah selsai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.


p/s: Yeke….renung-renungkan…..

Thursday, October 13, 2011

PELAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA


ISU pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia ini bermula pada awal tahun 1992 apabila Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat untuk menggubal Rang Undang-undang Jenayah Syariah bagi negeri tersebut. Ia mengandungi undang-undang yang berkaitan dengan hudud dan dinamakan Enakmen Kanun Jenayah Islam (11) 1993.
-prof madya datin dr paizah hj ismail-
UM

"Pelaksanaan hudud dan qisas di Malaysia sepatutnya tidak menjadi masalah jika skema perlembagaan difahami dengan betu, ini kerana skema yang didirikan di bawah kerangka sistem perseketuan itu telah meletakan Islam di bawah bidang kuasa negeri "


"Adalah ganjil bagi perlembagaan yang meletakkan Islam di tangan negeri tetapi meletakkan jenayah syariah yang merupakan sebahagian daripada Islam di tangan persekutuan"

"Menegaskan pelaksanaan hudud tidak memerlukan pindaan perlembagaan dan dengan itu tidak timbul soal mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara"

"Parlimen telah melampaui kuasa kerana menghalang bidang kuasa negeri melalui Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengikat tangan mahkamah berkenaan"

"Pelaksaana hudud sebenarnya boleh dikaitkan dengan hak kebebasan beragama sebagai yang disebut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Ertinya mengamalkan agama dalam konteks peruntukan tersebut turut merangkum kewujudan sistem jenayah Islam kerana ajaran Islam adalah ajaran yang sempurna dan pelaksanaan hudud adalah wajib"

"Sebab, itu selain bertentangan dengan pembahagian kuasa pusat dan negeri Akta 1965 itu boleh dianggap melanggar perlembagaan kerana ia menyekat umat Islam mengamalkan agama sebagaimana yang dituntut oleh Islam,"

-Dr Abdul Aziz Bari-
UIAM

Tuesday, October 11, 2011

SOLAT TAHAJJUD


Kelebihan bangun malam~

" Apabila seseorang itu terjaga dari tidurnya di waktu malam dan membangkitkan isterinya lalu kedua-duanya sama-sama menunaikan dua rakaat sembahyang nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak mencintai dan menyebut Allah. Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari Abi Said.

Di dalam al-Quran dan Hadis terdapat galakan supaya manusia supaya mengejar fadhilat sembahyang malam seperti firman Allah.

" Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadahmu semoga Allah membangkitkanmu di akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji.: Surah Al-Isra' ayat 79-.

Di dalam surah Az-Zariat ayat 18. Allah memberi sanjungan yang tinggi kepada amalan-amalan orang-orang yang bertaqwa yang mendapat balasan syurga, di antara amalan itu adalah mereka yang banyak melakukan ibadah sembahyang di waktu malam dan memohon keampunan kepada Allah di saat-saat dinihari itu.

Dalam satu Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Buatlah amalan -amalan itu sekadar kuasamu kerana Allah itu tidak jemu hingga kamu jemu"

~Amalan yang sedikit tetapi istiqamah tekun adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi jarang-jarang~.


Oleh itu penentuan waktu sembahyang malam dan berapa rakaat terserah kepada pertimbangan sendiri berdasarkan keikhlasan dan rasa 'ubudiah' yang murni.




Monday, October 3, 2011

Kehidupan diri setelah berlalu Ramadhan


assalamualaikum ikhwah dan akhwat yang dikasihi allah s.w.t, pertamanya saya bersyukur dan berselawat ke atas nabi muhammad s.a.w masih diberikan peluang dalam membina diri yang hina ini.

ingin saya berkongsi berkenaan dengan kehidupan kita di dunia ini, sebelum itu adakah kita masih merasai kenikmatan ramadhan yang sudah sebulan kita menempuhinya atau sudah melupakannya. pengingatan sahabat-sahabat termasuk diri yang hina ini ingat bahawa nilai atau kesan ramadhan serta amalan-amalan yang telah kita lakukan adalah setelah berlalunya ramadhan tersebut, cuba kita lihat diri kita masing-masing apakah ada perningkatan, makin kurang atau makin teruk. nilai balik diri kita dan jangan sia-siakan kehidupan kita di dunia ini.

ingat allah sentiasa bersama orang yang taat kepadanya dan bersabarlah dengan duga-dugaan yang datang biarlah sakit ketika di dunia ini jangan lah sakit selepas kematian kerana tempat sebenar kita adalah di sana selamanya.

-moga jaga kesihatan molek dan kuatkan semangat serta dipermudahkan urusan-