Tuesday, October 11, 2011

SOLAT TAHAJJUD


Kelebihan bangun malam~

" Apabila seseorang itu terjaga dari tidurnya di waktu malam dan membangkitkan isterinya lalu kedua-duanya sama-sama menunaikan dua rakaat sembahyang nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak mencintai dan menyebut Allah. Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari Abi Said.

Di dalam al-Quran dan Hadis terdapat galakan supaya manusia supaya mengejar fadhilat sembahyang malam seperti firman Allah.

" Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadahmu semoga Allah membangkitkanmu di akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji.: Surah Al-Isra' ayat 79-.

Di dalam surah Az-Zariat ayat 18. Allah memberi sanjungan yang tinggi kepada amalan-amalan orang-orang yang bertaqwa yang mendapat balasan syurga, di antara amalan itu adalah mereka yang banyak melakukan ibadah sembahyang di waktu malam dan memohon keampunan kepada Allah di saat-saat dinihari itu.

Dalam satu Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Buatlah amalan -amalan itu sekadar kuasamu kerana Allah itu tidak jemu hingga kamu jemu"

~Amalan yang sedikit tetapi istiqamah tekun adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi jarang-jarang~.


Oleh itu penentuan waktu sembahyang malam dan berapa rakaat terserah kepada pertimbangan sendiri berdasarkan keikhlasan dan rasa 'ubudiah' yang murni.




No comments:

Post a Comment